Zuraida ‘Hadiah’ Buat Wanita Terengganu

10660

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri Terengganu secara rasminya telah ‘menghadiahkan’ kepada golongan wanita di negeri ini seorang wakil rakyat wanita setelah jawatan itu dimasyhurkan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUNG hari ini, sebagai menghargai jasa kaum wanita.

Zuraida Md Noor 38, Pengarah Ameerah Terengganu, adalah calon yang sangat sesuai yang dilantik oleh Kerajaan Negeri, bagi memberikan khidmat terbaik kepada rakyat Terengganu, khasnya kaum hawa.

Ibu kepada tiga orang anak ini juga mempunyai pengalaman sebagai seorang pensyarah di Akademi Caddcam selama lima tahun dan pakar dalam system computer, terutamanya AutoCAD dan IDEAS.

Mengulas pelantikannya itu, Zuraida menegaskan akan menjadi jambatan kepada wanita dengan Kerajaan Negeri disamping akan mengadakan hubungan dengan agensi-agensi kerajaan contohnya YPK, YPU dan juga NGO-NGO wanita.

“Kita akan sentiasa akan berada dalam meja bulat, brain storming serta program-program yang kita boleh bertukar idea untuk pembangunan wanita,” katanya kepada BuletinOnline.

Ditanya berkenaan misi dan visi beliau memberi komitmen membawa suara wanita dalam Sidang Dun akan datang.

Beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar serta exco-exco bagi mendapatkan dengan lebih jelas peluang dan ruang yang boleh digunakan bagi memulakan tugas baharu ini dalam masa terdekat ini.

“Kita akan bincang dari segi perancangan mana yang melibatkan wanita, sebab wanita ini banyak penglibatan wanita, termasuk juga pendidikan, kesihatan.

“Jadi wakil rakyat anita ini, tidak hanya akan fokus kepada permasalahan wanita sahaja, tetapi merangkumi semua portfolio dan paling penting, ini adalah suara wanita, tidak kisahlah untuk isu apa-apa sekali pun.

“Inilah sebenarnya matlamat adanya Wakil Rakyat Wanita ini,” terang beliau.

Bekas lulusan Diploma in Manufacturing Engineering Terengganu Advanced Technical Institute (TATI) itu, sudah membuat kajian mengenai isu wanita Terenggan.

Beliau akan menekankan perihal isu isteri yang ditinggalkan suami, Tabung Saidatina Khadijah serta pembukaan pusat riadah wanita.

Tambahnya lagi, isu-isu perkerjaan yang melibatkan wanita juga telah beliau kaji.

Kata beliau, pihaknya akan cuba sedaya upaya membuka lebih peluang kepada wanita terutamanya dalam bidang pendidikan dengan adanya pembukaan sekolah-sekolah rendah dan menengah milik kerajaan yang baharu.

Bagi Zuraida, tidak akan dibiarkan statik dengan suatu bidang khusus sahaja, tetapi juga mereka akan diberikan ruang seluasnya dalam bidang kesihatan, keusahawanan malah dalam bidang pertanian juga.

Ditanya tentang isu perceraian yang melibatkan hal-hal remeh temeh di Terengganu, Zuraida berkata sebab utama ianya kerana kekurangan ilmu dalam kalangan pasangan muda terutamanya.

Beliau juga tidak menolak masalah kewangan juga menjadi punca.

Oleh itu katanya bagi mengurangkan kes-kes sebegini berulang, beliau secara tegas menyokong usaha Kerajaan Negeri memantapkan lagi modal insan dalam melahirkan keluarga yang berilmu.

Berusia dalam lingkungan umur pertengahan dan terlibat dengan Ameerah, beliau dilihat mampu mewakili suara hati bukan sahaja kaum ibu, malahan juga gadis-gadis remaja yang sangat diperlukan bagi membangunkan negara.

Kehebatan beliau terserlah dengan menyertai banyak misi bantuan kemanusian ke Kem Pelarian Rohingya, Acheh, Kemboja dan merata tempat lagi di dalam negeri.

Ditambah dengan sokongan padu dari suami tersayang, Mohd Arman Mat Chik, Zuraida pastinya akan mendapat lebih lagi kekuatan bagi membantu menaikkan lagi martabat wanita negeri ini.

Selain itu kehadiran Zuraida juga dilihat mampu mencungkil kekuatan-kekuatan baharu wanita di negeri ini.