Ziarah Kebajikan : Agenda keutamaan PAS

335

Oleh: Abdul Hafiz Ghazali

KEMAMAN – PAS akan terus menjadikan agenda kebajikan sebagai keutamaannya apatah lagi kini menerajui Kerajaan Negeri Terengganu.

Pembantu Penyelia Hal Ehwal Masyarakat, Ahmad Khairuddin Mohd Zaki, gerak kerja kebajikan PAS dapat diteruskan seperti biasa.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan ziarah masyarakat yang uzur di Kampung Besut 1 di sini hari ini.

Antara mereka yang diziarahi termasuklah Azizah Muda, 71, yang mengalami sakit angin ahmar selama 3 tahun.

Azizah yang ditemui semasa ziarah itu melahirkan rasa bersyukur kerana masih ada lagi batuan daripada kerajaan sekarang.

Ziarah kebajikan juga turut mengunjungi Fatimah Rasiah Awang, 77 yang mengalami darah tinggi,sakit tulang belakang, selama 11 tahun.

Beliau sangat teruja dengan kehadiran bantuan daripada kerajaan negeri.

Ziarah tersebut juga turut mengunjungi seoranf warga emas, Munah Tahir 99 walaupun tidak mengalami sakit.

Mengulas ziarah tersebut, Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Kemaman, Ramlan Mahmood berkata, ziarah ini adalah merupakan agenda utama parti untuk lebih dekat dengan masyarakat.

Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman berkata, ziarah itu adalah antara platform menyelami penderitaan masyarakat kawasan ini.

“Saya berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban sakit dan kesusahan mereka hadapi,” katanya.

Ziarah diteruskan sekitar Kampung Besut 1 dimana sebanyak lima buah rumah dikunjungi mengikut maklumat yang diberikan oleh Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Turut hadir, Bendahari Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Besut 1, Mohamad Fadilah Jaafar.