YB Menteri Ekonomi Tolong Jawab Beberapa Persoalan!

592

Oleh : Naraza Muda

Kerajaan PH terutama YB Menteri Ekonomi tolong jawab beberapa persoalan, oleh kerana YB Menteri akan turun berkempen petang ini di Felda Sungai Koyan.

Berapakah nilai tunai terkumpul duit tabung tanam semula seluruh peneroka Felda berakhir 2018?

Daripada 317 buah tanah rancangan Felda, berapakah yang sedang melalui proses tanam semula dan tahap tahun semula yang sudah dilalui?

Berapakah nilai pinjaman bank atau perbankan lain berserta faedah semasa yang dibuat untuk membiayai kos tanam semula peneroka?

Ini kerana Felda telah mengenakan kos kepada peneroka dengan kadar RM10,000 perHektar.

Mengapa ada dolak dalih, tolak menolak, salah menyalah antara YB Menteri kewangan dan YB Menteri Ekonomi mengenai isu bayaran tertunggak pinjaman sara hidup peneroka, bayaran hasil peneroka dan bermacam bayaran lagi,

Apakah tidak ada mesyuarat penyelarasan antara kementerian berkaitan?