Yayasan Amal Sedia Jalankan Aktiviti Sukarelawan

515

Oleh: DMZ dan Azizah Mahmod

KUALA TERENGGANU – Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu (YAMCT) sentiasa bersedia untuk menjalankan aktiviti sukarelawan dimana jua diperlukan terutama ketika musim banjir yang sedang berlaku.

Menurut Pengerusinya, Haji Nordin Mahmood berkata, mereka akan terus melaksanakan tugas dan kerja-kerja yang diamanah dan diarahkan.

“Kita mahu semua relawan tahu peranan dan teras relawan itu sendiri, antaranya kekuatan iman, ketinggian amal, ketinggian tingkah laku,kekuatan fizikal dan terakhir kekuatan mental.

“Untuk menjadikan kita sebagai sukarelawan yang beramal kerana Allah.” ujarnya ketika berucap pada program
Pertemuan Relawan YAMCT di Dewan Wan Mutalib Embong, Kuala Ibai pada Sabtu, 7 Disember.

Nordin menjelaskan bahawa relawan yang ada kini telah didedahkan dengan tugasan membantu mereka yang memerlukan bantuan samada dalam ataupun di luar negara seperti misi kemanusian Water For Life, Edu for Future ,misi Dakwah dan Qurban.

“Semua aktiviti ini dilaksanakan oleh sukarelawan yang komited dan benar-benar bersedia untuk membantu masyarakat Islam di dalam dan luar negara,” tambah beliau di akhir ucapan dihadapan lebih 50 orang sukarelawan yang hadir.

Turut hadir dalam menyampaikan pengisian program Ahli jawatankuasa YAMCT, Dr Burhanudin dan Chegu Nawi.