Yakin Tambah 500 Ahli Baru

213

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut yakin dapat menambah keahlian baru seramai 500 orang sehingga hujung tahun ini.

Pengerusi Majlis Tindakan DUN tersebut, Cikgu Salahuddin Jaafar berkata, seramai 78 orang tenaga parti di semua peringkat telah digerakkan melalui kempen PAS Pilihanku 2.0, bagi mencapai sasaran.

“Sehingga sekarang ahli PAS di Hulu Besut telah meningkat kepada 3400 orang. Pertambahan ini berlaku selepas PRU apabila semakin ramai berminat mendaftar sebagai ahli PAS.


“Nampak sokongan rakyat kepada PAS semakin meningkat di kawasan Hulu Besut terutama sejak kerajaan negeri berjaya melaksanakan sebahagian Besar manifesto pilihanraya yang dijanjikan kepada rakyat,” jelasnya ketika dihubungi semalam.

Oleh itu, beliau yang juga Setiausaha PAS Besut berkata, Hulu Besut juga berjaya menubuhkan lebih 30 cawangan baru yang aktif.

Katanya, ia adalah langkah pro-aktif MTD DUN Hulu Besut dalam membuat persiapan bagi menghadapi PRU ke 15 yang akan datang.

“Walaupun lambat lagi tempoh pilihanraya, MTD Hulu Besut meneruskan kerja-kerja pilihan raya seperti biasa,” tambah beliau.