Wendy Loong Mesti Dijatuhkan Hukuman Tegas

1758

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN – Wendy Loong yang menghina nabi Muhammad, mesti dijatuhkan hukuman yang tegas, kerana tidak menghormati sensitiviti umat Islam.

Ketua Pemuda PAS Bukit Besi, Mohd Ridhuan Yusoff berkata, satu laporan telah dibuat ke balai polis DUN Berkenaan sebagaimana yang telah disarankan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT).

Jelasnya, perkara berkenaan mencabar sensitiviti umat Islam dan melahirkan kemarahan kepada umat Islam seluruh Malaysia.

“Ianya boleh mencetuskan ketegangan kaum dan agama didalam masyarakat Malaysia yang terdiri dari kepelbagaian majmuk.

“Maka kami telah membuat aduan dan laporan kepada pihak berkuasa memandangkan negara kita ini ada undang-undang,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi oleh pihak media, mengulas mengenai laporan penghinanan terhadap Rasulullan oleh Wendy Long melalui akaun ‘Facebook’, pada hari ini.

Beliau menjelaska ianya bukan kali pertama berlaku malah menunjukkan sikap yang semakin biadap dari golongan bukan Islam didalam negara di era pemerintahan PH.

“Umat Islam perlu bangkit mempertahankan Rasulullah kerana baginda telah memberi mesej yang jelas.

“Dmana baginda telah mengingatkan kepada kita, tidak beriman seseorang itu sehinggalah dia mencintai Rasulullah melebihi dirinya dan segala-gala apa yang dimiliki,”jelasnya.

Oleh hal yang demikian, beliau mengharapkan agar akan ada hukuman yang lebih tegas bagi memberi amaran dan peringatan kepada musuh Islam.

“Supaya tidak sesekali menghina rasulullah, kerana ianya maruah dan darah umat Islam yang perlu dipertahankan sehingga ke akhir nyawa.

“Demi Islam, jangan sesekali kita biarkan umat Islam diperkotak katikkan dan dihina sesuka hati,” tegasnya