Warga Emas Hilang Ditemui Lemas

3316

Oleh:A.Faizol M.Yusop

KUALA NERUS: Mayat warga emas yang hilang dipercayai lemas ketika mandi di Sungai Nerus lewat petang semalam telah ditemui pada awal pagi ini.

Mangsa, Rahim@ Wahid bin Mohd, 73, dipercayai mandi di sungai itu sebelum dilaporkan hilang oleh orang ramai.

Menurut saksi yang ditemui ditempat kejadian, Zakaria Nik, 32, mangsa yang merupakan seorang pesara guru tidak pulang seperti biasa selepas mandi di sungai itu sebelum gerakan mencari dilakukan oleh pihak keluarga dan orang kampung sebelum menjumpai barang-barang milik mangsa di jeti Kampung Pengkalan Gelugur.

“Memang mangsa sering mandi disini setiap hari, tapi hari ini dia tidak balik seperti biasa, jadi selepas usaha mencari tidak berhasil, pihak keluarga mengambil keputusan untuk melaporkan kepada pihak berkuasa,” katanya.

Komander Operasi, Balai Bomba Kuala Nerus, Mohd Mazimi bin Muhammad berkata, mangsa ditemui oleh anggota pada jam 12.53 pagi.

Sejurus menerima laporan pada jam 9.52 malam, seramai sembilan anggota telah dikejarkan ke lokasi.

Setibanya di tempat kejadian, keterangan awal diambil dari orang awam seterusnya operasi gerakan mencari terus dilakukan yang turut disertai oleh anggota Polis dan orang kampung.

“Mangsa telah dijumpai dalam lingkungan lima puluh meter dari jarak tempat didapati hilang” ujarnya

“Jadi semuanya selesai dan kita serahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya”, tambahnya lagi.