Wanita Muda Pedalaman Semakin Tertarik Dengan PAS

366

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN – Wanita muda di pedalaman Hulu Dungun, semakin tertarik dan bertambah minat untuk mengikuti program PAS.

Ketua Muslimat PAS Bukit Besi, Zakiah Alias berkata, ia menunjukkan satu perubahan yang ketara berbanding masa sebelumnya.

“Ini dapat dilihat daripada beberapa program yang kita adakan kita nampak mereka dah mula tunjuk minat bersama dengan kita (PAS).

“Paling ramai yang mengikuti program kita adalah daripada kalangan wanita muda adalah mereka yang berusia 21 tahun sehingga 36 tahun, ini satu perkembangan yang cukup positif,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihibungi semalam ketika diminta mengulas program Santai Ameerah yang diadakan pada 6 Ogos.

Program peringkat DUN tersrbut dianjurkan sempena penghayatan ibadat korban dan kemerdekaan, di Sungai Jelu.

Katanya, program berkenaan anjuran Ameerah DUN berkenaan namun Muslimat PAS turut serta berkolaborasi didalam program berkenaan.

“Sebagai pemangkin semangat kepada mereka didalam memastikan progran berkenaan dapat dijayakan dari awal sehingga akhir.

“Melalui program-program yang telah kita adakan serta bakal diadakan ianya juga merupakan salah satu daripada usaha gerak kerja kita ke arah Pilihan raya Umum ke-15 akan datang,” ucap beliau

Menurut Zakiah, muslimat muda yang ada merupakan aset penting pelapis kepimpinan Muslimat PAS Bukit Besi di masa akan datang.

“Kita yakin dan percaya mereka tentunya ada idea baru, mempunyai tenaga dan semangat yang mesti diuruskan,

“agar terbinanya kekuatan PAS di DUN Bukit Besi, serta akhirnya akan mewujudkan masyarakat yang sejahtera bersama Islam di Bukit Besi ini,” ujarnya lagi.