“Wahai Dunia, Berkhidmatlah!”

331

Oleh Nooreni Abu Bakar

Allah berkata kepada dunia, “mana-mana orang yang memilih untuk jadi hamba Allah, kamu dunia berkhidmatlah kepadanya”.

Maka kehidupan orang tersebut akan melimpah ruah dengan kesenangan yang penuh keberkatan kerana dunia telah memberi perkhidmatan kepada mereka.

“Tetapi dunia juga diberi pesanan oleh Allah, perbudakkanlah mana-mana orang yang memilih untuk berkhidmat untuk mu, perhambakanlah mereka, jadi hamba dunia.

“Ini kita dapat, kita berhias untuk siapa, kita memakai perhiasan  untuk orang puji kita lawa, kita lupa, di belakang kita keberkatan ditarik,” ujarnya mengingatkan ibu-ibu muda yang hadir.

Ahli Parlimen Dungun Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata demikian ketika berucap di Majlis Projek Telekung 3.0, Ameerah Kawasan Dungun di Pusat Tarbiyyah dan Kelas Fardhu Ain, Taman Permint Indah di sini baru – baru ini.

“Keberkatan rezeki yang ditarik, keberkatan ini akan dibawa masuk ke dalam rumah kita(ditarik), (keberkatan) ke dalam keluarga kita(ditarik).

Walaupun, katanya,  perhiasan dibenarkan tetapi disusun dengan cara berpakaian yang menghasilkan pahala.

Projek tahunan yang kini masuk tahun ketiga itu, bertujuan menghargai dan meringankan beban yang ditanggung oleh wanita – wanita yang berusia 40 tahun ke bawah dan turut dihadiri Ketua Muslimat PAS Kawasan Dungun, Khairiah Mokti.

Manakala Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Cikgu Alias Harun ketika berucap merasmikan program berkenaan menasihati agar menjaga anak – anak sebaiknya kerana mereka merupakan amanah Allah.

“Kalau anak kita sudah pandai keluar rumah, kita kena ambil tahu, siapa kawannya, kalau kawannya seorang yang baik, pastikan balik rumah pukul berapa?.

” Saya juga minta sebagai ibu, jaga mulut daripada berkata yang tidak elok kepada anak-anak kerana ianya merupakan doa buat anak kita, ” katanya lagi kepada 40 orang penerima yang terdiri daripada ibu tunggal, miskin dan mualaf.