Ustaz Zul Pecah Tradisi

964

Oleh : Nooreni Abu Bakar

Pada umumnya, apabila bercakap tentang tenaga pengajar Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) hakikatnya adalah muslimat.

Namun kata beliau, berbeza pula di PASTI Al-Mukminin, Che Lijah, seorang pemuda yang dikenali Ustaz Zul telah memecah tradisi tersebut.

Ustaz Zulkifli Awang Muda, 33, merupakan Ketua Pemuda Cawangan Binjai Che Lijah telah berbakti selama dua tahun mencurahkan ilmu kepada anak pasti secara sepenuh masa.

“Pada tahun 2016, saya mengajar hafazan di PASTI ini, tetapi pada Januari 2017 kekurangan guru (di pasti tersebut) dan diminta mengisi kekosongan tersebut,” ujarnya.

Beliau yang ditemui pihak media ketika Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat dan Bekas Wakil Rakyat PAS Terengganu (KHAIRUNNISA) mengadakan lawatan Mahabbah ke PASTI Al Mukminin, Che Lijah, di sini pada 24 April.

Beliau dahulunya pernah mendapat pendidikan awal di PASTI Qaryah berkelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Seni Halus, Universiti Sains Malaysia(USM) itu, sewaktu ditanya tentang perasaannya yang terlibat dengan profession yang didominasi muslimat itu berkata, beliau seorang yang penyayang pada kanak-kanak dan suka mengajar mereka.

“PASTI ini mempunyai 97 orang pelajar dan lima orang guru dan dua orang pembantu,” katanya.

Kunjungan KHAIRUNNISA ke PASTI itu diketuai oleh isteri Ahli Parlimen Dungun, Siti Zaleha Mohamad itu, juga disertai oleh isteri ADUN Rantau Abang, Rugayah Mahmood dan mantan ADUN Rantau Abang, Maizatul Asma Yusof.