Ustaz Wan Azhar Kekal Sebagai YDP

1735

Oleh: Saifullah Jusoh,
Foto: Afiq Zohir dan Jusmawari Jusoh

BESUT – Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan terus kekal menyandang jawatannya bagi sesi 2019/2021

Hal ini kerana para perwakilan terus memberikan kepercayaan kepada beliau bagi mengemudi PAS Kawasan Besut pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Besut kali ke-60 pada 25 Mei 2019, bertempat di Dewan Gong Kemuntong, Besut.

PAS Kawasan Besut yang menjadi kawasan terkakhir mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, namun telah melangsungkan mesyuarat tersebut dengan jayanya.

Mesyuarat Agung pada kali ini telah dirasmikan oleh Setiausaha Agung PAS Pusat, YB Dato Takiyuddin Hassan.

Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad ketika ditemui berkata, amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

“ia adalah untuk menguatkan lagi PAS kawasan Besut dan negeri Terengganubagi menghadapar Pilihan Raya Umum kali ke-15 yang akan datang,” tegasnya.

Bagi Jawatan Timbalan YDP PAS Kawasan Besut pula telah disandang oleh ADUN Kota Putera, YB Haji Nurkhuzaini Abd Rahman yang menggantikan Shalahuddin Jaafar.

Manakala jawatan Naib YDP PAS Kawasan Besut pula kekal disandang oleh Ustaz Wan Syukri Wan Isa.

Turut hadir sama ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Ustaz Dato Hussain Awang.