Ustaz Norazli selamat pulang dari Gaza

236

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2011/01/azli.JPGExco Pemuda PAS Pusat yang juga mantan Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Norazli Musa selamat pulang dari mewakili NGO Malaysia dalam Misi Bantuan Kemanusiaan ke Gaza ‘Caravan Asia’.

Beliau yang berlepas kira-kira sebulan lalu menyertai kumpulan aktivis terbesar Asia, turut disertai delegasi dari Indonesia, Pakistan, India dan juga Jepun.

Seramai 170 orang aktivis dari 18 buah negara Asia menyertai misi yang membawa barangan makanan serta perubatan melalui jalan darat, bermula di Rajghat, New Delhi, 2 Disember lalu.

Mereka selamat sampai ke bumi Gaza pada Isnin 3 Januari, 2011 setelah melepasi halangan di pintu masuk Rafah.

Sebahagiannya memasuki dengan jalan laut melalui perairan Syria,  dan terus memasuki tanah Gaza.

Antara kapal yang bergerak dari pelabuhan Latakia di Syria, adalah ‘Salam’ yang membawa Ustaz Norazli selain Sudhir Sawant (bekas MP), Shaheen Kattiparambil (Organisasi Mahasiswa Islam), Ajit Sahi (wartawan) dan Aslam Khan (Semua Mahasiswa India Association) dari India; Koichi Sakaguchi dari Jepun; Hakim Alizade dari Azerbaijan dan Muhammad Hussein dari Indonesia