Ustaz Azman Dinasihatkan Berehat

405

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN – Naib Yang DiPertua PAS (NYDP) Kawasan Dungun, Ustaz Azman Shapawi Dinasihatkan doktor berehat setelah berjaya menjalani pembedahan.

Beliau sebelumnya telah mengalami pendarahan di dalam kepala sehingga menyebabkan bengkak pada mata yang perlu kepada pembedahan.

“Alhamdulillah pembedahan itu telah berjaya tetapi masih lagi didalam proses rawatan sehingga Mac 2020.

“Saya ambil banyak masa untuk berehat daripada kerja-kerja berat dan juga kerja yang memberi tekanan kepada pemikiran,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi semalam mengulas mengenai kunjungan daripada Lajnah Kebajikan PAS Pusat, dan Juga Kebajikan PAS Negeri Terengganu, pada Isnin 14 Oktober yang lalu.

Katanya, beliau dinasihat doktor berehat sehingga Mac 2020 untuk kembali bertugas seperti biasa.

Ahli Jawatankuasa Lajnah Kebajikan PAS Pusat, Muhammad Azwan Mohd Kamaruzzaman, berkata tujuan ziarah berkenaan bagi menyampaikan sumbangan kebajikan.

“(Melalui) Tabung ‘Murabitun’ yang dikhaskan untuk ahli dan pimpinan.

“Jadi melalui peruntukkan dana tersebut kita salurkan sedikit tanda prihatin kepada ahli-ahli kita,” ujarnya yang turut mewakili NGO Syabab Care Negeri Selangor.

Sehubungan itu, Setiausaha Lajnah Kebajikan PAS Negeri Terengganu, Ghazali Sulaiman mengharapkan agar NYDP PAS Kawasan Dungun itu agar segera sembuh.

“Sama-samalah kita mendoakan agar beliau kembali membimbing dan mendidik para anak muda yang begitu lazim dan sinonim berusrah dengan Ustaz Azman Shapawi khususnya di Dungun ini,” jelas beliau.

Turut hadir, Bendahari Lajnah Kebajikan PAS Negeri Terengganu, YB Alias Harun juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang.