USD 40,000 Diagihkan Kepada Warga Yaman

497

Ma’rib, YAMAN – Pertubuhan Cakna Malaysia Yaman (Yemen Care) agih sumbangan lebih 40, 000 dollar (USD) di wilayah Ma’rib, di sini, bagi membantu warga Yaman meneruskan kehidupan.

Ketua Delegasi Misi Kali Ketiga, Ustaz Abdul Rahman Che Mat berkata, jumlah itu termasuk pembelian keperluan makanan, agihan air bersih dan juga bekalan perubatan.

“kira-kira jumlah digunakan bagi keperluan asas makanan di kem ini ialah sebanyak 30 ribu USD yang diberikan kepada pelarian yang datang daripada luar Ma’rib iaitu daripada Sanaa, Raymah dan kawasan-kawasan yang lain,

“Kami anggarkan bantuan-bantuan ini dapat mereka gunakan lebih kurang sebulan. Bantuan ini dapat digunakan oleh 500 buah keluarga di kem perlarian ini,” jelasnya.

Ustaz Abdul Rahman Che Mat

Beliau berkata demikian selepas mengagihkan sumbangan tersebut di Kem Pelarian Jufainah, pada Isnin 31 Disember.

Sehubungan dengan itu, Yemen Care berharap lebih ramai rakyat Malaysia dan mereka yang prihatin dan menghulurkan sumbangan.

Menurutnya, Wakil NGO ‘Golden Future’ daripada Indonesia, Ustaz Ihsanul Farouq melahirkan rasa syukur kerana ini kali pertama pertubuhan mereka masuk ke Yaman dengan bantuan Yemen Care.

“Alhamdulillah team kami sampai di Ma’rib di kem Jufainah dan menyalurkan logistik untuk 350 keluarga. Ucapan terima kasih khusus kepada kawan-kawan Yemen Care yang telah bertungkus lumus membuka jalan di dalam misi kali ini,

“kami sudah lebih setahun mencari jalan ke Yaman tapi tak dapat. Ahamdulillah kawan-kawan Yemen Care memberikan petunjuk untuk masuk ke Yaman dan ternyata dengan izin Allah kami dapat ke sini dan menyalurkan sumbangan daripada kaum muslimin di Indonesia, ” ujar beliau.

Beliau juga berharap umat Islam seluruh dunia dan mereka yang prihatin terhadap nasib yang menimpa penduduk Yaman, supaya dapat terus lagi membantu mereka.

“Harapanya agar kami dapat lagi bekerjasama dengan Yemen Care dan terus dapat membantu rakyat yaman hingga inshaAllah mereka kembali kepada kondisi yang lebih baik,” tambah beliau