‘Usaid’ Selebriti Kalangan Malaikat

487

Oleh : Adli Mohamad.

DUNGUN – Ubaid Bin Hudhair merupakan kalangan sahabat yang begitu terkenal dengan ibadat tilawah Al-Qurannya yang hebat sehingga menjadi selebriti yang terkenal di kalangan para malaikat.

Naib Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Terengganu, Jamaluddin Jusoh berkata, Usaid Bin Hudhair itu bukan sahaja minat dan pandai membaca Al-Qur’an bahkan turut menarik orang ramai dan juga menarik seluruh malaikat untuk mendengarnya membaca Al-Qur’an sehingga pernah turun ke bumi dan terakam didalam satu kisah pelik yang berlaku pada tokoh berkenaan.

“Pada satu malam, dia (Hudhair) bangun Qiamulail, berkebetulan (suasana) tengah perang.

“Tengah malam masa rehat berperang, dia tidur sebentar (dan) bangun membaca Al-Qur’an. Berlaku satu kejadian pelik kuda mengelupur, pergi mari, pergi mari anaknya yang kecil ada sebelahnya sedang tidut.

“Takut kuda pijak anak dia (lantas) berhenti mengaji dan pergi gosok kuda, lepas itu ambil Al-Qur’an kembali setelah menenangkan kudanya,” ceritanya ketika menyampaikan kuliah di Surau Naseri, Felda Jerangau, semalam.

Menurutnya kuda itu mengelupur berkali-kali, apabila Hudhair membaca Al-Quran, peristiwa itu sungguh menghairankannya.

“Waktu kuda tenang, dia terpandang ke langit. Ada asap pada awan tebal. Biasanya tidak nampak.

“Tetapi (ianya) nampak kerana hujung bingkai awan itu bercahaya. Cahaya penuh mengelilingi tepi awan tebal. Tempat yang tinggi menjadi semakin rendah dan lama-kelamaan hilang,” ceritanya lagi.

Rentetan dari kejadian pelik itu, menurut Jamaluddin, peristiwa itu diceritakan kepada Rasulullah S.A.W. Dan kemudian Baginda (Rasulullah) memaklumkan kepada Hudhair bahawasanya seluruh malaikat telah turun.

“Sebenarnya yang kuda itu mengelupur kerana telah melihat malaikat itu sendiri, rupa dan zat malaikat dari langit.

“Cumanya tidak dapat dilihat oleh manusia, binatang ini tidak berakal macam manusia tapi Allah dia (anugerah) nampak malaikat turun,” ulasnya.

Apa yang telah disampaii dan diceritakan oleh Rasulullah bahawa malaikat telah turun beramai-ramai kerana ingin mendengar bacaan Hudhair.

“Allah anugerahkan ibadat ( membaca) Al-Qur’an semata-mata kepada manusia.

“Allah tidak beri pada malaikat, Allah turunkan kepada manusia,” jelasnya.

Apa yang terjadi kepada Hudhair itu adalah pilhan Allah, yang hanya khusus berlaku kepada para sahabat, tidak akan terjadi kepada manusia yang lain. Kerana ibadat para sahabat luar tersangat luar biasa.

“Saya ambil satu kisah ini untuk kita cuba contohi dan tingkatkan diri kita dari satu sudut dalam ibadat membaca Al-Qur’an (supaya) kita lipat gandakan (ibadat),” tegasnya