Untuk Istiqamah Ikat Hati Dengan Aqidah

166

Oleh: Pyang Mamat

KEMAMAN -Untuk terus istiqamah di dalam perjuangan Islam hati hendaklah diikat dengan ikatan aqidah bukannya janji-janji manis dan habuan kebendaan.

Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Kijal Ustaz Hazri Jusoh berkata, ikatan hati manusia adalah hanya dengan ikatan aqidah Islam.

“Cuba kita tanya pada diri kita sendiri apakah yang telah kita lakukan untuk islam, jangan kita asyik bertanya apakah yang kita dapat setelah kita menyokong islam,”

“Ingat, kerajaan yang ada ini tertegak kerana adanya parti dengan kata lainnya ‘Parti Menguasai Kerajaan’. Oleh itu kita perlu terus memperteguhkan agenda parti samada dari sudut keahlian, ekonomi dan lain lain tugas yang diamanahkan kepada Cawangan.” ujar beliau lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Mesyuarat Agong PAS Cawangan Ladang Pelantoh di sini 11 Februari lepas.

Selain dari membuat penambahan keahlian PAS, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman itu juga menegaskan kerja culaan hendaklah sentiasa dilakukan sehingga ke Pilihan Raya Umum ke-15(PRU15) .

“Kami di peringkat PAS Kawasan Kemaman mengharapkan agar kerja culaan di peringkat cawangan diteruskan dan dipergiatkan dalam usaha mempertahankan kemenangan PAS di PRU15 nanti,” ucap beliau.