Unit Amal Bantu Lancarkan Operasi Pasar Malam

208

Oleh : Muhd Afiq Zohir

BESUT – Unit Amal bantu melancarkan operasi Pembukaan Pasar Malam Bukit Kenak.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut, Muhd Hakim Zulfikri Awang berkata khidmat unit amal diperlukan bagi mengawal laluan serta melancarkan perjalanan pasar malam.

“ Pasar Malam Bukit Kenak, Jerteh mula beroperasi kemarin (2 Julai) dengan mematuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Seramai 3 orang anggota unit amal digunakan bagi mengawal laluan masuk dan keluar para pelanggan”.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan tinjauan di tapak Pasar Malam Bukit Kenak, Jerteh.

“Walaupun pasar malam ini mula beroperasi tetapi kehadiran para pengunjung sangat memberangsangkan.

Penjarakkan sosial diantara pelanggan dan peniaga merupakan aspek keselamatan utama bagi mengelak berlaku penularan wabak penyakit.” tambahnya lagi.

Pasar Malam Bukit Kenak mula beroperasi pada jam 3 petang dan berakhir jam 8 malam. Para pelanggan dinasihatkan agar sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa.