Ungkit Kisah Lampau PAS-Umno Adalah Seruan Jahiliah

298

Oleh : Nizam at-Takiri

MARANG – Ungkit kisah lama antara Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan ‘United Malay Nation Organisation’ (Umno) merupakan seruan jahiliah.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, tindakan tersebut umpama kisah Aus dan Khazraj dari peristiwa yang berlaku di zaman Rasullullah.

Tambahnya, yahudi telah meniup api perbalahan antara dua kaum utama itu, menyebabkan hampir berlaku pertumpahan darah.

“Isu mengungkit kisah lama antara PAS dan UMNO ini perlu dielakkan seperti kisah kaum Aus dan Khazraj hampir berlaku perbalahan kerana dihasut oleh kaum Yahudi.

“Mereka (Yahudi) menimbulkan ketegangan dengan mengungkit kisah lama antara kaum Aus dan Khazraj yang berperang selama lebih daripada 100 tahun,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas progra Bicara Merdeka, di Pasar Pengkalan Berangan, pada hari Rabu, 11 September.

Program tersebut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Ustaz, Sulaiman Sulong, dan Mudir Kompleks Tahfiz Al-Quran Al-Qaradhawi (KOMTAQ), Ustaz Kamal bin Ashaari, sebagai ahli Panel.