Undi 18: Muslimat Terengganu Sahut Seruan Tuan Guru

306

Oleh : Nooreni Abu Bakar

KUALA TERENGGANU – Muslimat PAS Terengganu menyambut baik keputusan menurunkan umur layak mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun dan bersiap siaga menyahut seruan Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang untuk bekerja luarbiasa.

Ketuanya, Zarani Othman berkata Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS, yang menekankan tanggungjawab bekerja luarbiasa untuk memberi kesedaran berpolitik di kalangan anak muda.

“Dengan memastikan seluruh rakyat yang layak mengundi, keluar mengundi,” ujarnya dipetik daripada satu kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Ketua Muslimat Marang itu juga berharap dengan memberikan pendidikan politik pada usia seawal 18 tahun, pembinaan generasi yang bakal mewarisi kepimpinan akan datang.

” Bergerak seiring dengan kemajuan sedia ada mengikut lunas-lunas Islam untuk mencapai cita-cita menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju, berkat dan sejahtera,” jelasnya.

Zarani turut mengucap tahniah di atas kejayaan persidangan Dewan Rakyat yang meluluskan pindaan Rang Undang-Undang(RUU) tersebut dengan undian seramai 211 ahli Dewan Rakyat tanpa ada bangkangan.

Katanya, RUU yang turut meluluskan pendaftaran automatik pemilih yang telah berumur 18 tahun oleh Suruhanjaya Pilihan Raya ini menjadi suatu sejarah besar buat rakyat Malaysia.

“Tidak dinafikan, kerajaan Malaysia bakal berdepan dengan pelbagai cabaran untuk memastikan pindaan RUU ini berhasil dan memberikan manfaat buat rakyat dan negara,” seterusnya beliau dipetik berkata.

Katanya lagi, ianya merupakan transformasi bagi menjadikan rakyat Malaysia lebih matang dan berpandangan jauh.

” Dengan idea-idea yang bernas dan semangat yang berkobar-kobar jika semua pihak bertanggungjawab memainkan peranan dengan ikhlas dan kaedah yang betul dalam mempersiapkan generasi muda ini,” jelasnya.

Beliau akhirnya menyeru agar seluruh muslimat Terengganu khasnya AMEERAH Terengganu untuk menyiapkan pelan tindakan dan gerakerja yang terancang dan tersusun.

” Dalam menyantuni dan mendampingi anak-anak muda kita dengan penuh kasih sayang dan rasa tanggungjawab bersama untuk mempastikan
kehidupan rakyat dan negara ini mendapat rahmat dan diberkati Allah.

” Firman Allah di dalam surah al- A’raaf ayat 96;
ولو أن أهل القرى آمنوا واتقوالفتحناعليهم بركات من السماءوالأرض ولكن كذبوا فأخذناهم بماكانوايكسبون

Yang bermaksud:
Dan sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu kurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan, ” katanya mengakhiri kenyataan tersebut.