Umno Cuba ‘Alih Tiang Gol’

1174

DUNGUN – Umno dan Barisan Nasional cuba mengubah persempadanan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang apabila mereka merasakan akan kalah pada pilihan raya umum kali ke-14 (PRU14).

Pengarah Pilihan Raya PAS Kawasan Dungun, Ustaz Sheikh Hanafi Abdul Aziz berkata, sebab itu Tarikh bubar parlimen dan isytihar pilihan raya lewat

“Kita sedang berlawan dengan parti yang ‘mengelat’ (menipu)…….kerana apa dia buat (adakan PRU14) antara bulan April dengan Mac?,

“kerana pertama dia akan buat Sidang Parlimen mungkin untuk menjayakan persempadanan yang dia nak buat pada (alih) ‘tiang gol ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada program Pelancaran Markas UPU Gong Pasir di sini pada Ahad, 21 Januari.

Namun begitu, katanya, apa jua tindakan ‘helah’ Umno itu, PAS tetap akan memperolehi kejayaan dalam pilihan raya kali ini.

“ia alih tiang gol mana-mana pun…….kita buat gol belaka……mereka boleh buat macam-macam tipu daya, Allah akan balas tipu daya itu Insya Allah”,

“Barang politik ni kalau tiada akidah, boleh semua jadi, semua……khususnya orang-orang yang bertuhankan kuasa…sampai tak kira siapa-siapapun,

“hatta kita sendiripun……kalau kita mementingkan (dan) kuasa itu (jadi) sebagai tuhan kita….(sekiranya) tidak kira haram halal, redha dari Allah,”jelas beliau.

Beliau berharap semua petugas parti tidak menangguhkan kerja-kerja untuk kemenangan Islam kerana masa sudah suntuk.

Jusyeru itu, beliau memninta rakyat supaya bijak memilih wakil, seorang yang benar-benar berkhidmat kepada masyarakat.

“dan bukannya (pilih mereka) sekadar ingin ‘membeli hati ’ pilihan raya umum kali ke-14 nanti,

“selepas menang, mereka yang menjadi ‘Yang Berhormat’ itu ‘merompak’ (rakyat) sekali lagi,”tegasnya.