Umno-BN Terus Tabur ‘Umpan’

2140

BESUT – PAS kesal kerana pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) terus menjadikan pembinaan rumah sebagai ‘umpan’ menjelang pilihan raya, sedangkan projek perumahan rakyat di Pulau Perhentian masih terbengkalai.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS pusat, Ustaz Dr Ridhuan Mohamad Nor menyifatkan, projek jutaan ringgit itu dilaksanakan dengan matlamat ‘kroni kapitalisme’, memberikan projek dengan cepat kepada ‘kroni’ tanpa mengira kesesuaian lokasi untuk dibina perumahan.

Katanya, objektif pembinaan rumah tersebut untuk menempatkan anak-anak pulau di kawasan yang tersusun tetapi apa yang kita lihat pada hari ini, amat menyedihkan.

“Pihak kerajaan perlu mengkaji struktur tanah bagi memastikan tidak membahayakan nyawa penduduk yang menghuni nanti,

“Dan kalau kita lihat bagaimana ‘form’ (bentuk dan bahan pembinaan) yang tidak sesuai digunakan kerana di pulau ini terdedah dengan musim tengkujuh yang dipanggil ancaman kepala angin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika selepas meninjau projek tersebut, Sabtu, 14 April, disini.

Beliau menyeru agar kerajaan akan datang agar mengkaji semula struktur dan kesesuaian pembinaan rumah di Pulau itu bagi memastikan pembinaan rumah tersebut dilaksanakan dengan baik.

Menurutnya, kerajaan Umno dan BN lalu telah meluluskan pembinaan 200 unit rumah dibawah program perumahan rakyat dengan kos RM28 juta atau RM140,000 bagi setiap unit, masih tergendala sehingga saat ini.

Katanya, struktur bukit yang tidak diletakkan cerucuk yang sesuai bagi pembinaan rumah itu menyebabkan tanah runtuh akibat hakisan.

“Betapa ruginya kos yang mencecah puluhan juta ringgit dengan bahan ‘material’ dan bingkai-bingkai pintu yang rosak,

“Dan projek ini bagi saya sama dengan projek di Zoo Kemaman danTaman Ilmu Tembila serta lebuh raya Keruak Gunong Bongsu yang juga dalam keadaan yang sama menimpa rakyat negeri Terengganu,” tegasnya.

Oleh itu, beliau menyeru agar rakyat Negeri Terengganu, bijak menilai dengan melihat banyak projek terbengkalai akibat ketirisan dan pembaziran oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) yang kini sangat berleluasa.

Katanya, kerajaan Umno sebelum ini telah ‘dimomokkan’ dengan gelaran’ negatif, Terengganu Darul Runtuh.

“Semasa lawatan kami tadi menziarahi warga pulau terdapat dalam sebuah rumah memuatkan 3 hingga 4 keluarga,

“Ini sangat dasyat bagaikan di Palestin dan di Gaza memuatkan tiga hingga empat ‘kelamin’ dalam sebuah rumah dan kini berlaku di Pulau Perhentian juga

“Dan tidak sesuai dari sudut aurat dan akan membiak gejala sosial,”ujarnya kesal.

Katanya, beliau sangat kecewa apabila setiap kali pilihan raya timbalan perdana menteri dan ahli-ahli politik datang dengan berwajah manis menabur janji dengan projek yang tidak bersungguh- sungguh dan akhirnya duit rakyat di salah gunakan.

“Projek ini mesti disiapkan untuk kemudahan kepada penduduk terutama rakyat yang tidak bertanah dan anak-anak golongan muda pendapatan rendah,”jelasnya.

Justeru, PAS menyeru agar rakyat membuat pilihan yang tepat untuk pilihan raya umum (PRU) ke 14 nanti agar dapat memrintah dan mentadbir Wisma Darul Iman untuk meletakkan pentadbiran yang patuh syariah dan ‘good governance’ (tadbir urus yang baik).

Berita sebelum ini;
Kerajaan Buat ‘Rumah Rakyat’ Nak Bunuh Orang