Umno ‘Berperang’, Berebut Nak Jadi Calon

2570

KEMAMAN – Umno dan Barisan Nasional (BN) negeri Terengganu pada hari ini sedang ‘berperang’, berebut untuk menjadi calon pada pilihan raya akan datang.

Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai, Haji Hanafiah Mat juga mendakwa, antara kem berbalah sesama mereka untuk menamakan Menteri Besar yang bakal ‘kosong’ kerana bekas ADUN Seberang Takir akan bertanding bertanding di kerusi Parlimen.

Sehinggakan, kata Hanafiah, Timbalan Perdana Menteri sendiri terpaksa turun menyelesaikan masalah, namuh tidak juga dapat selesai.

Mantan ADUN Chukai itu juga berkata, orang Umno Kemaman tidak puas hati, apabila tokoh ‘kitar semula’ bertanding pada DUN Kijal pada 9hb Mei ini.

“Saya difahamkan orang berarak pergi ke Kuala Terengganu kerana calon yang dipilih adalah orang lama dan tidak disenangi serta sudah dibuang tetapi tiba-tiba diambil kembali,

“Begitu juga perebutan untuk menjadi calon parlimen Kemaman..ada dua tiga nama.. kelmarin dulu daripada team lain juga terus ke Wisma Darul Iman untuk menteri besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Gempur PAS DUN Chukai di Markaz Dusun Nyior, Jakar, pada Ahad, 15 April.

Katanya, beliau yakin akan berlaku perpecahan dalam parti politik apabila ada sesetengah yang tidak dapat menjadi calon pada PRU ke 14 nanti.

“Tetapi berlainan dengan Parti Islam Semalaysia (PAS) mengistiharkan keseluruhan calon yang bertanding tiada satu pun bantahan,

“kita buat secara rasmi dengan kepimpinan PAS peringkat kawasan masing-masing dan pada 19 April nanti kita akan buat pengumuman secara rasmi di Rusila, Marang,”ujar beliau.

Menurutnya lagi, calon yang diputuskan kepimpinan di peringkat pusat dan negeri inilah yang akan bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) nanti.

“Inilah masa yang terbaik untuk rakyat buat satu perubahan bagi memastikan wujudnya sebuah kerajaan yang sejahtera,

“Yang mana menjaga kepentingan rakyat bukan kerajaan yang merompak dan mencuri duit rakyat tetapi pada bila-bila masa melihat kebajikan rakyat,

“Walaupun tidak dinafikan kerajaan yang ada pada hari ini lebih banyak penyelewengan yang sedang dilakukan,” jelasnya lagi.

Justeru belau beliau menyeru dan merayu kepada seluruh rakyat negeri Terengganu,u untuk sama-sama memebri sokongan dan dokongan penuh kepada parti Islam Semalaysia (PAS) untuk melangkah sekali lagi ke Wisma Darul Iman.