Ucapan Takziah Atas Pemergian Allahyarham Abdul Bari Asraf Bin Mohd Mustaffa

908

Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu mengucapkan takziah kepada keluarga dan seluruh sahabat handai Allahyarham Abdul Bari Asraf Bin Mohd Mustaffa atas pemergian Allahyarham ke Rahmatullah pada 8 Februari 2019 Jumaat lalu.

Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu menyifatkan pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan yang besar dengan pengorbanan Allahyarham yang menyelamatkan mangsa lain daripada lemas. Allahyarham disifatkan sebagai Hero yang tidak didendang yang tidak terkenal di bumi namun biarlah terkenal di langit.

Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu merakamkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga Allahyarham yang mati lemas. Bersabarlah dengan ujian kasih sayang Allah dan marilah kita berdoa supaya Allah menempatkannya di kedudukan yang mulia di sisi-Nya.

Pihak kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Polis DiRaja Malaysia,Bomba, Pdrm, APM, Pctm, Rela, Polis Marin , Jabatan Amal dan Pengurusan Hospital yang membantu memudahkan segala pencarian dan pengurusan jenazah Allahyarham. Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu juga mengajak seluruh rakyat yang beragama Islam berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu berbangga kerana beliau sangat komited dengan perjuangan PAS hingga hujung usia, moga-moga akan menjadi contoh untuk kita semua.

Ustaz Kamaruzaman Abdullah
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu
Ahad, 10 Februari 2019