Turki Desak China Tutup Kem ‘Tahanan’ Uighur

539

Turki telah mengutuk perlakuan China terhadap etnik Uighur yang beragama Islam dan menyifatkan tindakan Beijing sebagai ‘penyebab besar memalukan kemanusiaan’.

Dalam satu kenyataan hari ini, jurucakap Kementerian Luar Hami Aksoy berkata Turki menggesa China menutup ‘kem-kem tahanan’ terhadap etnik minoriti itu.
.
Kenyataan itu juga mendedahkan, China telah menahan lebih daripada satu juta orang Uighur sewenang-wenangnya.

Beliau berkata penduduk terbabit menghadapi tekanan dan ‘penmyeksaan sistematik’ di barat China.

“Kami menjemput pihak berkuasa China untuk menghormati hak asasi manusia Uighur dan menutup kem tahanan,” katanya.

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pernah menuduh China mengenai ‘pembunuhan beramai-ramai’ berkait isu tersebut.

Wilayah Xinjiang di China adalah kawasan berpenduduk sekitar 10 juta Uighur, kelompok Muslim yang membentuk sekitar 45 peratus penduduk Xinjiang.

Rakyat di rantau itu telah lama menuduh pihak berwajib China bertanggungjawab terhadap diskriminasi budaya, agama dan ekonomi.

Antaranya ialah, melarang umat Islam mempraktikkan Islam dan menangkap serta mendera mereka yang menunaikan solat, berpuasa, memakai janggut atau memakai tudung yang kebiasaan dipakai oleh ramai wanita Islam.

Tindakan keras China terhadap orang Uighur telah menjadi berita utama di seluruh dunia.
Pada Ogos tahun lepas, pakar-pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata ia telah menerima laporan yang boleh dipercayai bahawa lebih sejuta orang Uighur dan orang-orang minoriti dimaukkan ke kem ‘pendidikan semula’.

Di kem yang sebenarknya ‘umpama penjara’ itu, mereka dipaksa untuk meninggalkan Islam.

China telah memperhebatkan tindakan keras terhadap Uighur selepas rusuhan berdarah 2009, menyebabkan ramai telah melarikan diri, termasuk berhijrah ke Turki.

Bulan lalu, China meluluskan undang-undang untuk ‘menyisihkan’ Islam dan menjadikannya ‘serasi dengan sosialisme’ dalam tempoh lima tahun akan datang.

Sebaliknya, kebanyakan negara majoriti Muslim tidak bersuara mengenai isu itu, tidak mengkritik kerajaan di China yang merupakan rakan perdagangan penting.