Tun Serah Kuasa

2418

Tun M dilihat mungkin sudah bersedia untuk melakukan proses peralihan kuasa kepimpinan negara, dengan tanda-tanda yang sangat jelas untuk gerakan menyerahkan jawatan PM yang sedang disandang beliau.

Setelah negara berada dalam ketidak tentuan terutamanya perselisihan antara kaum, keadaan ekonomi, desakan dalam daripada parti-parti komponen kerajaan, maka saya percaya masanya amat sesuai bagi Tun turun bersara. Apatah lagi dengan tahun ini adalah tahun 2020, wawasan yang beliau ciptakan dahulu.

Semalam tular gambar Tun bersama isteri, menjadi tuan rumah kepada Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan disertai juga oleh Datuk Khairuddin Abu Hassan.

Nanti dulu, serahan jawatan itu bukan kepada Port Dickson lah, tapi Tun nak bagi kat Marang…saya agak jer. Habis tu buat apa Tun tular gambar diaorang makan dalam rumah? Elok-elok orang tak tahu, jadi bising satu Malaya. Adalah Tun nak mengusik tu. Tapi setuju tak kalau Tun buat kerajaan campuran baru dengan PAS dan Umno, tanpa DAP dan penyokong Anwar dalam PKR, lepas tu bagi kerusi PM kat Presiden PAS?

Saya agak lagi, kronologinya ialah Din Ayub terima gambar ini sebelah pagi dan segera dia sebutkan tak mahu PAS diterima masuk dalam PH. Sebab gambar tu, Tun dan tetamu makan nasi lemak. Perkataan Din Ayub ni sama macam Din duduk dalam rumah Din, sergah anak jiran yang duduk dalam rumah dia sendiri, suruh turun dari rumah sebab Din tak ajak naik. Tapi dia lupa yang dia duduk rumah dia, anak jiran tu duduk rumah dia. Din ingat rumah jiran tu, rumah Din.

Aku rasa penyokong PH dapat tonik baru bila terima gambar ni. Tapi kena sabar dulu, tak boleh kata lagi, sebab Tun masih sebelah dia. Kang kutuk-kutuk, langsung Tun bubar parlimen, haru jer.

Cerita makin menarik….

Mohd Nasir Abdullah
21 Januari 2020