Tugas Muslimat Bukan Sekadar Berdakwah

329

Oleh: Muhammad Syafiq Syakirin

MARANG – Tugas Muslimat Parti Islam Semalaysia (PAS) bukan sekadar menyebarkan dakwah tetapi juga berperanan sebagai agen penerangan yang menjadi tulang belakang kepada Kerajaan Negeri.

Ketua Muslimat PAS Negeri Terenggan, To’ Puan Hajah Zarani Othman berkata tugas muslimat PAS adalah menyampaikan dakwah secara individu ataupun secara berjemaah selain menjadi sokongan kepada penerangan kerajaan negeri.

“Tugas kita sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah SAW ialah menyampaikan dakwah secara individu ataupun berkumpulan dan ini adalah tanggungjawab kita, ” ujar beliau.

Zarani berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Manifesto dan Isu Semasa anjuran Dewan Muslimat PAS Kawasan Marang di Dewan Sivik Bukit Payung, di sini pada 15 Oktober.

Beliau yang juga Ketua Muslimat PAS Marang seterusnya menambah , tenaga dari golongan muslimat amat penting untuk menyampaikan dasar-dasar kerajaan negeri dan program-program yang telah dijalankan untuk masyarakat.

“Pemerintahan kerajaan negeri telahpun melebihi satu tahun, dengan maklumat yang disalurkan akan memudahkan urusan untuk membantu masyarakat diluar sana” kata beliau.