Tuduhan PAS Akan Bergabung Dengan Umno Adalah ‘Bisikan Syaitan’

2324

KUALA TERENGGANU – Kenyataan pemimpin DAP yang menuduh PAS akan bergabung dengan Umno disifatkan sebagai ‘suara-suara syaitan’, yang lahir daripada perasaan was-was dan tidak berasaskan kepada fakta.

Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi menegaskan PAS dan Umno tidak boleh bergabung sama sekali, kerana dasar perjuangan kedua-dua parti itu sangat jauh berbeza.

Khalil Hadi“Keputusan kalau (samada) PAS ini bergabung dengan Umno (atau tidak), bukan keputusan individu, bukan keputusan presiden, (bukan) pemuda dan seumpamanya.

“(Kerana) PAS ini sebuah parti, yang mana kita ada sistem kita sendiri, (setiap tindakan) diputuskan oleh jemaah, oleh jawatankuasa, oleh (majlis) syura, oleh muktamar dan seumpamanya,”jelas beliau

Contohnya, kata beliau, dalam sejarah PAS yang lalu, keputusan PAS duduk dalam kerajaan perikatan pada masa tersebut selepas krisis perkauman 13 Mei 1969, adalah satu keputusan yang dibuat dalam muktamar PAS.

“Jadi sebab itulah suara-suara yang (ber)kata PAS, orang ini hendak bersama dengan Umno, orang ini hendak bergabung dalam Umno,

Khalil hadi1“ini suara-suara syaitan yang mana tidak berasaskan hujah dan fakta tetapi semata-mata untuk memburukkan pihak-pihak tertentu,” katanya kepada dalam satu wawancara dengan pihak media di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu, di sini pada Khamis 28 Mei.

Beliau tidak menolak, isu yang cuba dihangatkan semula itu bertujuan memberikan imej yang buruk kepada PAS

Apatah lagi, kata beliau, tuduhan itu mengaitkan PAS, Presiden PAS dan keputusan muktamar yang akan berlangsung beberapa hari lagi .

Beliau turut menempelak DAP kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpinnya adalah tidak mesra Pakatan dan tidak langsung menjaga rakan-rakan gabungan tersebut.

Kata beliau, kenyataan terbuka pemimpin DAP itu turut menyinggung perasaan ahli-ahli PAS.

Khalil Hadi3Muhammad Khalil yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Terengganu berkata, PAS sejak dulu sehingga kini masih tetap bersama-sama PR dan pendirian itu juga selari dengan kenyataan Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ia bukan sebagaimana didakwa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa hati Ustaz Abdul Hadi telah bersama-sama Umno, yang jelas sekali telah ‘meleburkan’ semangat setia kawan dalam PR.

“Saya tidak tahulah apa yang berlaku kepada DAP ini sebab kita PAS kita tidak masuk campur urusan parti dia tetapi kenapa dia hendak masuk campur urusan parti kita.

“Dia komen macam-macam, bukan sekali komen (tetapi) beberapa kali komen pasal kepimpinan parti secara umumnya, presiden secara khususnya dan muktamar secara umumnya. Macam-macam komen diberikan,” katanya kesal.

IMG_20150528_192958