Tuan Guru Abdul Hadi Awang Mempertahankan Jawatannya

370

KUALA SELANGOR – Ahli Parlimen Marang Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempertahankan jawatnnya sebagai Presiden PAS mengalahkan pencabarnya Ustaz Ahmad Awang.

Pengerusi Jawtankuasa Pemilihan Haji Asmuni Awi mengumumkan sebentar tadi, Ustaz Abdul Hadi Awang memperolehi undi sebanyak 923 berbanding Ustaz Ahmad Awang yang meraih 233 undi.

Manakala penyandang jawatan Timbalan Presiden, Muhamad Sabu tewas kepada kepada pencabarnya Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim.

Muhamad memperolehi 279 undi berbanding Tuan Ibrahim yang mendapat 881 undi.