Tuah Dua Ketua Pengarah Pilihan Raya

426

KUALA TERENGGANU – Allah SWT telah mentakdirkan dua orang Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat menjadi Menteri Besar.

Setiausaha PAS Kuala Nerus Ustaz Zakaria Dagang berkata, mereka ialau Dr Samsuri Mokhtar dan Muhammad Sanusi.

“Semasa Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu, beliau adalah Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat.

“Begitu juga semasa Haji Muhammad Sanusi Md Nor dilantik sebagai Menteri Besar Kedah, beliau juga menjawat sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat,” tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam tulisannya melalui laman sosial beliau, hari ini.

Oleh itu beliau mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Kedah itu, seraya berseloroh.

“itulah tuah dua orang pemimpin utama PAS.

“Agaknya selepas ini siapa pula akan dilantik sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat?,” Soalnya