Tsunami Selat Sunda: Jumlah Mangsa Cedera Meningkat

320

Jumlah mangsa cedera akibat tsunami ekoran gunung berapi Anak Krakatau yang meletup di Selat Sunda di Indonesia melonjak dengan ketara kepada 14,059 daripada 7,202.

Tsunami pada 22 Disember itu, juga memusnahkan 2,752 rumah dan 510 kapal.

Agensi berita China Xinhua melaporkan, jurucakap agensi pengurusan bencana nasional Sutopo Purwo Nugroho mengatakan operasi mencari dan menyelamat meneruskan usaha mengesan mangsa yang dipercayai masih hilang di wilayah Banten dan Lampung.

Sutopo menambah lebih 2,000 tentera dan polis, bersama-sama dengan anggota pejabat pencarian dan penyelamatan serta pejabat agensi penanggulangan bencana dan para sukarelawan, terlibat dalam misi pencarian dan kerja bantuan darurat.

Status kecemasan di provinsi Lampung Selatan, provinsi Lampung telah diperpanjang selama satu minggu sejak 29 Desember, kata Sutopo.

“Ini kerana banyak mangsa masih hilang, selain kerosakan dan jumlah mangsa yang terus meningkat,” kata Sutopo.

Pegawai itu berkata jumlah kematian kekal tidak berubah pada 437 dan jumlah mangsa yang ditempatkan di tempat itu lebih rendah kepada 33,719, selepas mencapai puncak 40,386 orang.

Daerah Pandeglang, propinsi Banten merupakan kawasan yang paling parah, kata Sutopo, sambil menambah bahwa gelombang gergasi juga merosakkan wilayah Serang dan daerah Panawaraan, Lampung Selatan dan Tenggamus provinsi Lampung.

Letusan gunung Anak Krakatau yang kuat dari 24 hingga 27 Disember lalu menurunkan ketinggian gunung berapi itu sehingga 110 meter dari 338 meter, kata pakar gunung api.

Tsunami merebak kawasan pantai selat 312.75 kilometer, menurut agensi meteorologi dan geofizik.

Para ahli gunung berapi itu berkata gunung berapi telah berada dalam keadaan “strombolian” letusan sejak Julai, yang bermaksud bahawa aktiviti gunung berapi menghasilkan letusan yang kerap berlaku.

Gunung Anak Krakatau, atau gunung berapi Anak Krakatoa dalam bahasa Inggeris, merupakan salah satu daripada 129 gunung berapi aktif di Indonesia, sebuah negara yang memiliki 17,500 pulau dan terletak di zon gempa bumi yang terdedah yang disebut ‘Lingkaran Api Paaifik’.

***Kumpulan Aktivis Media Indipenden ( KAMI) akan membuat tinjauan ke kawasan terjejas terbabit. Sokongan dan dokongan bagi menjayakan MISI amat diperlukan.