Tantawi Diserang Media Baharu

1126

KUALA NERUS- Ketua Lujnah Penerangan dan Media, Ustaz Nasrudin Hassan At Tantawi diserang di Whatsapp Group Khas, dinamakan ‘Serang Tontowi’.

Beliau beberapa kali di’invite’ (dijemput) dalam group itu untuk menyerangnya, kemudian beliau ‘left’ (keluar) dari group tersebut.

Bagaimanapun beliau diinvite semula ke dalam group berkenaan.

“Saya ‘left’ balik dari group itu kemudian nama group itu ditukar kepada ‘siapa left kafir’, saya dijemput semula ke dalam group berkenaan, ” katanya ketika menggulung perbahasan Ucapan Dasar Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Stadium Tertutup Gong Badak, di sini.

Seterusnya, beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Temerloh, berkata beliau sekali lagi ‘left group’.

Selepas itu group itu diubah lagi kepada group bernama ‘Siapa Left, Dia Kafir Harbi” dan beliau dijemput semula ke dalam group whatsapp berkenaan.

Tetapi beliau sekali lagi ‘left’ dari group tersebut.

Ustaz Nasrudin menjelaskan bagaimana penggunaan media baharu yang tidak bertanggungjawab termasuk mewujudkan whatsapp group untuk menyerang beliau sebagai Ketua Penerangan PAS, supaya ahli PAS memanfaatkan media baharu untuk memberi penerangan PAS dan perjuangannya, bukan bertujuan untuk menyebarkan fitnah dan permusuhan.