Tingkat Usaha Penjelasan ‘Maqasid Syariah’

203

Oleh : Baity Abdul Latif

DUNGUN – Para alim ulama Parti Islam Se-Malaysia(PAS) disaran meningkatkan usaha untuk memberi penjelasan kepada ahli dan penyokong PAS serta masyarakat tentang pembahagian ‘Maqasid Syariah’.

Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia termasuk soal Maslahat Dharuriyah (Keperluan Asas), Maslahat Hajiyyah (Kemudahan dan kelapangan) dan Maslahat Tahsiniyyah (Kesempurnaan) serta seterusnya tentang Feqh Awlawiyyat dan Siyasah Syariyyah.

“Iaitu dalam urusan kita mengkanunkan sebarang peraturan bernegara, disinilah rakyat dan seluruh manusia akhirnya akan melihat keindahan Islam sebagai satu cara hidup (Islam is The Way of Life)”.

“Sebagai kelompok yang menjadikan Islam sebagai dasar dan prinsip perjuangannya, maka saat inilah masa yang paling aula(utama) untuk kita mengaplikasikan segala macam khazanah ilmu Islam dalam bernegara,.

“Dan dengan sendirinya membuktikan kepada para penentang dan skeptik(pandangan sempit) golongan ini bahawa Islam tidak mampu memerintah sesebuah negara,” jelasnya di sini, semalam.

Berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Dungun ke 61, beliau juga memetik beberapa pesanan tentang kepentingan memahami maslahah oleh Imam al-Ghazali Rahimahullah, Imam al-Syathibi serta Syeikh Dr. Abd al-Karim Zaidan.

Sebelumnya, beliau yang juga Menteri Besar Terengganu mengulas sejarah daerah Dungun.

Menurutnya, kawasan itu menjadi penyumbang besar aktiviti sosial dan keugamaan melalui tokoh seperti Khatib Osman bin Muhammad, Haji j Abdul Jalil Abu Bakar, Hjij Yusof Tahir, dan Ustaz Salim Mahmud dan Tuan Guru Haji Zainal Abidin bin Aman bin Maali.