Tindakan Tegas Kepada Unsur-Unsur Komunis

498

Saya ialah Wan Mohd Faizul Wan Abas diberi amanah sebagai Pengerusi Gerakan Pembela UMMAH negeri Terengganu pada hari ini, bersama dengan rakan-rakan saya dari pelbagai ilmu termasuklah daripada Persatuan guru-guru Pondok Pantai Timur dan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) serta Persatuan Rabitah Kebajikan Institut Pendidikan Islam Terengganu, bersama-sama mengambil keputusan untuk membuat laporan polis.

Kita lihat isu-isu yang berlaku pada akhir-akhir ini sangat mencabar sebagai rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Isu yang yang dimaksudkan ialah isu ancaman Komunis pada masa kini kita tahu ia merupakan kumpulan pengganas sejak daripada 40-an lagi hinggalah tahun 60-an Malaysia  ini diisytiharkan darurat seluruh negara.

Banyak keganasan berlaku termasuklah pembunuhan di Malaysia dan ini tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak kerana ada di dalam sejarah Arkib Negara ada di dalam kajian university dan yang terbunuh hasil daripada keganasan Komunis bukan orang Melayu sahaja bahkan orang Cina dan juga orang India.

Maka kami sebagai masyarakat Malaysia yang sayang dan cintakan negara dan keamanan keharmonian negara ini kita mengharapkan dan mendesak supaya pihak berkuasa kerajaan Malaysia mengambil tindakan yang sangat tegas terhadap unsur-unsur yang berlaku pada hari ini.

Bukan satu perkara bahkan banyak daripada isu penyebaran komik yang menyebarkan ideologi Komunis kepada sekolah-sekolah vernacular. Kemudian timbul bendera yang diterbalikkan kemudian timbul lambang bintang-bintang Komunis di bendera Malaysia dan terakhir Abu Chin Peng dibawa masuk ke Malaysia dan juga yang terakhir yang berkait dengan laporan ini ialah berkait dengan himpunan veteran komunis yang lebih kurang 300 orang buat satu perhimpunan di Malaysia.

Dan kita  sangat dukacita kerana ini berlaku tanpa ada halangan yang sepatutnya dapat daripada pihak berkuasa.

Sementara itu Timbalannya, Syed Suhaimi Syed Hasan berkata,  beliau tidak mahu memanjangkan perkataan  ucapan Cuma sekadar nak  menambahka sedikit masalah isu komunis ini bukan satu isu yang kecil.

Kita sebagai rakyat perlu ambil peduli  bahkan  apabila kami dari pihak bawahan, rakyat jelata yang tidak  mempunyai apa-apa  kepentingan melainkan semata-mata  ingin melihat satu kerajaan yang  baik, aman, yang boleh memberi  satu harapan kepada masyarakat.

Maka kami memohon kepada pihak atasan  daripada kalangan pemimpin, kerajaan yang memerintah  supaya mereka prihatin  dengan desakan-desakan  daripada rakyat tentang isu keselamatan, keamanan,  sedangkan mereka mengatakan bahawasanya  komunis ini suatu  daripada  parti yang dulu kita kenali Parti Kominis Malaya (PKM) yang telah diharamkan oleh pihak pemerintah kerana banyak melakukan keganasan, pembunuhan,  bahkan menentang kerajaan  yang  memerintah pada ketika itu.

Yang mana ini bukan suatu ideologi yang datang dan lahir daripada tanah Melayu tetapi satu ideologi yang diimport masuk daripada negara luar yang telah menular ke kalangan masyarakat Malaysia yang dikuasai oleh golongan ataupun bangsa-bangsa yang tertentu.

Jadi demi untuk kita nak melihat satu kerajaan yang stabil kerajaan yang memberi keamanan maka kami memohon kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga kepada pihak yang bertanggungjawab untuk menyiasat Bagaimanakah boleh ada unsur-unsur untuk menghidupkan balik ideologi komunis di kalangan masyarakat.

Bahkan di kalangan pemimpin-pemimpin kerajaan pun ada yang cuba untuk masuk campur di dalam hal ini untuk menghidupkan kembali ideologi seolah-olah mereka mendesak kepada kerajaan yang yang ada ini mengiktiraf komunis ini suatu usaha ataupun suatu perjuangan yang betul sebagaimana perjuangan untuk memerdekakan akan tanah Melayu daripada penjajahan British.

Jadi mudah-mudahan dengan laporan polis ini kita mengharapkan laporan polis seluruh Malaysia ini memberi suatu kesedaran kepada masyarakat atasan supaya mereka berhati-hati dengan apa yang mereka buat sesungguhnya mereka diperhatikan oleh masyarakat bawahan.