Tindakan Segera Atasi Masalah Air Bertakung

352

Oleh ; Rohayati Ripin (RR)

KUALA TERENGGANU – Masalah air bertakung melibatkan 20 penduduk dan kawasan ladang sawit akan diambil tindakan segera.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, ianya adalah satu permasalahan yang dialami oleh penduduk di Kampung Baruh Keranji.

“Antara puncanya dikatakan selepas terbinanya dua kawasan sekatan air (chek Dam) menyebabkan air lambat keluar dan (mengakibatkan) air melimpah serta bertakung di dalam ladang kelapa sawit berdekatan.

“Dengan ini menyebabkan puluhan hektar tanaman kelapa sawit tidak dapat mengeluarkan hasil,” jelasnya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri berkata demikian ketika dihubungi untuk mengulas masalah yang berlaku, semalam, 28 Jun.

Menurutnya, beliau telah menerima aduan rakyat daripada penduduk Kampung. Baru, Batu Tumboh mengenai saliran air tersumbat di dalam ladang kelapa sawit yang menyebabkan tiada hasil tanam oleh pohon sawit disitu.

Kata Nurkhuzaini, setelah meneliti beliau telah mengenalpasti punca masalah tersebut.

Justeru itu, beliau akan mewujudkan jawatankuasa bertindak dalam kadar yang segera dengan melibatkan beberapa agensi kerajaan seperti, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Majlis Daerah Besut (MDB), Pejabat Daerah, Bomba dan Jabatan Alam Sekitar bagi mencari jalan penyelesaian segera dan jangka panjang.

“Insyaallah saya akan usulkan kepada pihak yang bertanggungjawab mengurus isu saliran air yang tersumbat di ladang sawit itu.

“Dengan membuat pembaikan kadar segera supaya memudahkan urusan kerja penduduk yang bekerja di dalam ladang sawit itu,” ujarnya.