Timbalan Pengerusi SPR Perlu Dipecat, Hishamuddin Dan Pemuda Umno Perlu Mohon Maaf

207

Pengumuman rasmi yang dibuat Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan peratusan pemilih baru 2 Melayu dan 1 bukan Melayu dengan sendirinya menempelak Timbalan Pengerusi beliau yang menyokong kenyataan Pemuda Umno kononnya peratusan pemilih baru 1 Melayu dan 40 bukan Melayu. Jelas Dato’ Haji Wan Ahmad Wan Omar cuba menyempurnakan agenda perkauman sempit Umno.

Pengumuman yang dibuat oleh Pengurusi SPR jelas menafi percubaan Umno yang disokong Wan Ahmad, Timbalan Pengurusi SPR untuk menimbulkan kekecohan perkauman dalam negara. Percubaan jahat ini juga turut didukung oleh sebahagian pimpinan Umno yang mengambil kesempatan untuk mengadu-dumba perkauman dikalangan rakyat Malaysia.

Dengan pengumuman oleh Pengurusi SPR maka wajarlah Wan Ahmad dipecat dari jawatan selaku Timbalan Pengurusi SPR. SPR tidak boleh dilihat sebagai Suruhanjaya Perkauman Rakyat. Oleh itu memecat Wan Ahmad adalah tindakan wajar .Disamping itu juga Mohd Hishamuddin Yahaya, Exco Pemuda Umno dan Berita Harian perlu memohon maaf secara terbuka dan mengakui mereka ada agenda jahat perkauman dan membuat aku janji tidak mengulangi perbuatan jahat ini.

DATUK HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Naib Presiden PAS.