Tiga Rancangan Berbahaya Israel Terhadap Masjid Al-Aqsa

354

Seorang pemimpin kanan gerakan Hamas memberi amaran bahawa rejim Israel sedang melaksanakan ‘tiga rencana berbahaya’ terhadap kompleks Masjid al-Aqsa di Kota Lama di Jerusalem Timur.

Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh berkata, tahap pertama plot jahat oleh rejim zionis adalah membenarkan para peneroka haram Israel melakukan ritual Yahudi secara terbuka, yang dilarang sesuai dengan perjanjian 1967.

“kedua (dalam) plot itu, rejim Israel semakin menghakis peranan pengawal di Masjid Al-Aqsa dapat membolehkan peneroka (haram) bebas mengadakan lawatan di sana,

“sedangkan para pengawal memainkan peranan penting dalam mempertahankan masjid dari pelanggaran,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada sesi Majlis Perundangan Palestin (PLC) di Jalur Gaza pada Rabu.

Menurutya, Tel Aviv sedang cuba mengubah prinsip bukan Islam tidak dibenarkan melakukan acara keagamaan di tapak suci Al-Quds.

Manakala Haniyeh menambah, plot ketiga Israel cuba fungsi kawasan Bab al-Rahma yang terhad kepada Israel.

“pada hari ini kita melihat peneroka (haram) Israel dibenarkan memasuki tapak tersebut tetapi umat Islam diharamkan memasukinya dan mereka menyembah di dalam laman suci tersebut,” ujarnya.

Oleh itu beliau menyeru semua rakyat Palestin, baik di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat yang diduduki, untuk mempertahankan Masjid al-Aqsa.

Haniyeh telah menegaskan bahawa sesungguhnya rancangan pengyahudian rejim Israel di Jerusalem dan al-Quds tidak akan berjaya.

“Saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang saya katakan – rancangan untuk membahagikan masjid al-Aqsa akan gagal,

“kita tidak akan membenarkan pendudukan untuk melaksanakan plotnya dan mengubah watak Yerusalem walaupun kita mengorbankan diri kita,” tegasnya.