Tidak Ada Gelanggang Yang Dijanjikan

2228

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Janji bekas Menteri Besar Dato’ Seri Razif Abd Rahman untuk mendirikan gelanggang silat, hanya umpama ‘menanam tebu dibibir mulut’ sahaja.

Setiausaha Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, ADUN Seberang Takir itu telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.6 juta bagi pembinaan gelanggang silat dan penyediaan peralatan di seluruh negeri.

“Masa itu kita dah lima kali jumpa beliau sebab apabila dia buat pengumuman dekat gelanggang silat di Pantai Batu Buruk itu (kononnya) gelanggang satu daerah satu gelanggang.

“Jadi RM1.6 juta kita dah angkat pada dia waktu itu lima enam kali kita jumpa benda ini tidak ada hasil. Tiada tindakan, jadi kita tak dapat. Lepas mesyuarat agung baru ini Jadi pentadbiran baru ini kita akan cuba buat balik,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di pejabat DUN Wisma Darul Iman pada semalam, 7 Januari.

Oleh itu katanya, Pesaka Negeri Terengganu mahu menjadi sebuah badan bukan Kerajaan (NGO) yang aktif dan membina manusia menjadi juara pada masa akan datang.

“Kita nak tengok supaya kerajaan negeri memandang kita sebagai NGO yang aktif, yang membina manusia, bukan membina manusia menjadi ganas (tetapi) bina manusia sayangkan diri dan bangsa dia serta sayangkan negeri dia.

“Ini peranan kita selain daripada sekolah. Ini budaya yang kita nak. Besar (tanggungjawab) kita sebenarnya. Pertama pertahankan diri dan kedua bina ihsan. Membina akal budi bangsa.

“Kita minta sokongan daripda kerajaan negeri. Kalau bangsa kita tak kenal budaya kita, pada masa akan datang tak tahu macammana sebab melalui budaya dia (rakyat) akan kenal bangsa,” ujarnya.

lima enam kali kita jumpa benda ini tidak ada hasil. Tiada tindakan kata Setiausaha Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Fakhrul Azman Abu Bakar (kanan)

Tambah beliau, PESAKA terdapat diseluruh kawasan daripada Kemaman sehinggalah Besut yang mana perguruan silat yang bergerak samaada individu berdaftar dengan ROS.

Menurut Fakhrul, dalam mesyuarat agung baru-baru ini mereka membawa beberapa usul kerajaan negeri antaranya, nak buat balik gerbang persilatan kat Majlis Sukan, setiap persatuan dalam pembangunan ada gelanggang sendiri, one off setahun untuk tok guru dalam perguruan persilatan dan geran untuk pentadbiran PESAKA negeri.

“Dan sekarang ini kita merancang buat satu profil persatuan pertubuhan kita dengan kerjasama pelancongan negeri Terengganu. Kita akan ambil gambar-gambar yang ada gelanggang dan sekarang kita akan buat bentuk profil untuk bagitahu pada umum bahawa ada gelanggang.

“Yang pertamanya boleh budak-budak pergi belajar silat situ kan. Yang kedua mungkin pelancong –pelancong boleh mari untuk tengok kebudayaan sihat di negeri Terengganu di tempat gelanggang kita itu,” jelasnya.

Selain itu, PESAKA ditubuhkan pada tahun 1985 dan telah melahirkan beberapa orang juara dunia yang berasal daripada negeri Terengganu mewakili seni silat.

“Hari ini kita nak atur jawatankuasa dan nak lantik setiausaha dan bendahari baru dan kita minta insentif daripada kerajaan negeri kepada Siti Rahmah, Majlis Sukan memang dapat insentif, tapi insentif daripada kerajaan dua orang belum lagi, jurulatih Malaysia dan jurulatih karagistan.

“Dan kita nak minta empat jabatan jadi ex efficor Pesaka negeri daripada Jabatan Pelajaran , Jabatan Kebudayaan, Jabatan Majlis Belia dan Sukan Negeri dan MAIDAM,” katanya.

Sementara itu Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Haji Yahaya Ali berkata, beliau baru dilantik dan disahkan dalam mesyuarat agung negeri dalam persatuan Pesaka.

“Hasil mesyuarat agung antaranya pelantikan yang Dipertua Timbalan, tiga orang naib dan hari ini kita nak mengesahkan jawatankuasa adalah samada pengerusi ataupun wakil badan-badan gabungan dalam persatuan silat sebanyak 22 persatuan silat dalam perstuan silat negeri Terengganu,”tambah beliau.