Teruskan Projek Akuapolitan Untuk Kepentingan Nelayan

352

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA NERUS – PAS kawasan Kuala Nerus berharap tapak yang telah dibangunkan untuk projek akuapolitan, projek dibawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) tetap diteruskan pembinaannya untuk kepentingan para nelayan di kawasan terbabit.

Setiausaha PAS Kawasan Kuala Nerus Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Seberang Takir Ustaz Zakaria Dagang berkata, kawasan tersebut hendaklah dimanfaatkan untuk para nelayan yang kini masih berada dalam tahap kemiskinan.

“Boleh meneruskan penempatan (perumahan) nelayan dan projek-projek berasaskan perikanan di tapak yang dicadangkan itu.

“Bagaimanapun ia terserah kepada pihak kerajaan berdasarkan kemampuan kewangan untuk meneruskan projek tersebut,” jelasnya.

Tapak projek Akuapolitan yang dilancarkan bekas Perdana Menteri Najib Razak bernilai RM180 juta terletak di Kampung Seberang Pak Abu, Seberang Takir

Beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Seberang Takir berkata demikian ketika di hubungi pada hari ini, 12 Februari.

Katanya, projek tersebut telah dilancarkan Mantan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak, dua tahun yang lalu.

Menurut Ustaz Zakaria, projek tersebut dianggarkan menelan belanja RM180 juta telah dilancarkan semasa Kerajaan Barisan Nasional (BN) menerusi pelan induk akuapolitan yang bertujuan memberi manfaat kepada nelayan di kawasan sekitar.

Justeru itu, beliau akan memberi kerjasama dan menyokong usaha kerajaan bagi membangunan perkampungan nelayan di Kampung Seberang Pak Abu, Seberang Takir.