“Terima kasih Ameerah…..Buat La Lagi..”

418

Oleh : Hidayah Azlin

SETIU – Seramai 112 orang pelajar berusia enam sehingga sembilan tahun menyertai Kem Tahsin Solat anjuran Ameerah DUN Jabi sempena cuti persekolahan, minta ia diadakan lagi pada masa depan

Program itu dianjurkan dengan kerjasama Institusi Modal Insan Sejahtera (IMiTS) Jabi dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Jabi.

Ketua Pemuda PAS Dun Jabi, Ustaz Norden Abdullah berkata solat merupakan talian untuk berhubung dengan Maha Pencipta.

“Solat adalah satu perlakuan dan perbuatan yang kita buat semata-mata untuk berhubung dengan Allah SWT.”

“Perbezaan antara orang Islam dengan orang bukan Islam adalah solat. Bahkan, yang membezakan antara manusia dengan lembu juga adalah solat.”

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program tersebut di Surau Haji Ghazali, Jabi kelmarin.

Beliau juga mengendalikan slot “Jom Solat Dhuha Adik-adik” bersama para peserta.

Ketua Ameerah DUN Jabi, Nurul Hidayah berkata sambutan luar biasa kali ini (kali ke empat) membuktikan masyarakat lebih mengutamakan program pembangunan insan.

“Berdasarkan sambutan yang menggalakkan ini, Ameerah Jabi merancang untuk menganjurkan lebih banyak program seumpama ini khususnya yang berkonsepkan kemasyarakatan dan pembangunan insan.”

“Sebenarnya, sebelum tiba musim cuti persekolahan lagi ada ibubapa yang telah ‘WhatApps’ saya menanyakan sebarang program yang ada.”

Hal ini menunjukkan ibubapa bijak mengurus masa lapang anak-anak mereka agar dapat diisi dengan perkara yang berfaedah.

Menurutnya lagi, seramai 25 tenaga kerja penganjur terlibat menjayakan program itu yang terdiri daripada latar belakang yang berbeza.

“Terima kasih Ameerah..buat la lagi..” kata salah seorang ibu peserta.

“Penganjuran kem ini tidak akan tercapai tanpa kerjasama dan sumbangan dana dari pelbagai pihak yang prihatin khususnya sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri, Yang Berhormat Dr Azman Ibrahim. Terima kasih diucapkan kepada semua.” katanya.