Terengganu VS JDT; Kain Rentang ‘Lucah’ Hakis Nilai Islam

2446

Oleh : Faizal Ghani

KUALA TERENGGANU – Para pemuda Islam yang bersemangat kesukanan tidak harus beremosi sehingga mengeluarkan atau mempamirkan kata-kata ‘tidak senonoh’.

Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Kamaruzaman Abdullah berkata, tindakan menaikkan kain rentang pada perlawanan semalam antara Terengganu dan JDT di Stadium Sultab Ismail Nasiruddin Shah adalah amat tidak wajar.

“Kini terhakisnya nilai-nilai Islam dalam jiwa anak-anak muda. Kita Pemuda Islam tidak sepatutnya berkelakuan sebegitu,” ujarnya.

Beliau yang turut, turun padang memberi sokongan kepada pasukan ‘tuan rumah’ berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung dengan tindakan sekumpulan penyokong yang menaikan kain rentang bertulis ‘Fuck Politic This Is Football’.

Menurutnya, pihak yang terlibat memaparkan sepanduk itu sudah pun dikenalpasti dan tindakan susulan akan diambil.

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh penyokong bola sepak Terengganu agar tersu memberikan sokongan padu, walau pun tewas kepada JDT pada permainan semalam, 0 – 1.

“Walaupun Terengganu tidak mendapat kemenangan, tapi saya ucap syabas kepada seluruh penyokong Terengganu kerana menjaga disiplin,

“tapi kita tetap semangat malam bukan malam kita,Insyallah akan datang pasukan kita akan buktikan.Insyaallah kemenangan milik Terengganu,” tegasnya.

“Syabas kepada penonton yang kawal perasaan dan terus kita sokong Terengganu FC.” tegasnya.

Kekalahan semalam, menjadikan kedudukan pasukan Terengganu, jatuh ke tangga ke empat dengan lapan mata.

Manakala kedudukan JDT masih di tangga pertama, dengan 12 mata dan Pahang serta PKNS FC di tangga ke dua dan ketiga masing-masing dengan 10 mata.