Terengganu Tuan Rumah ‘Asian Lawn Bowl Beatiful Terengganu Malaysia Mixed Team Championship 2018

436

Oleh : Solahuddin Al-Idrus

KUALA TERENGGANU – Negeri Terengganu terpilih menjadi tuan rumah ‘Asian Lawn Bowl Beatiful Terengganu Malaysia Mixed Team Championship 2018’ yang akan berlangsung di gelanggang boling padang, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus.

Kejohanan itu menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM14,000 yang dijangka berlangsung selama empat hari bermula 25 Ogos dan berakhir pada 28 Ogos depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, seramai 118 atlet iaitu 88 atlet tempatan dan 30 atlet luar negara menyatakan minat untuk beraksi dalam kejohanan tersebut.

“Pertandingan ini akan diadakan pada 25-28 ogos 2018 di komplek sukan Gong Badak…..kelebihan program kali ini merupakan sukan berkonsepkan sukan pelancongan,

“dengan penglibatan dan penyertaan terdiri daripada 11 buah negara membabitkan negara China, Hong Kong, Korea, Macau, Pakistan, Sri Lanka, Filipina, Brunei, Thailand, Singapura dan termasuk negeri Terengganu sendiri ,” jelasnya.

Ustaz Wan Sukairi berkata, pada sidang media Kejohanan itu, d hotel Permai, di sini semalam.

Menurutnya, pemilihan Terengganu sebagai tuan rumah bagi kejohanan itu merupakan satu pengiktirafan besar serta menaikkan imej Terengganu di mata dunia.

“ kita rasa satu penghormatan kerana dipilih oleh pihak persatuan . Sudah tentu penganjuran ini bakal menghimpunkan pemain-pemain professional amatur dari dalam dan luar negara khususnya dari negara asia dan menunjukkan hubungan yang baik diperingkat negeri Terengganu dan negara asia.

“ Dengan kehadiran ratusan etlit ini bakal mempromosikan negeri Terengganu negeri Terengganu sebagai salah sebuah destinasi menarik untuk dilawati In Sha Allah,” tambah beliau.