Tentang Bola Sepak dan ADUN Jabi Nak Jual Aiskrim?!

712

ADUN Kota Putera Mohd Mahdi Musa cuba menjadi ‘pengampu’ dengan memuji-muji pasukan bola sepak negeri Terengganu, sedangkan beliau terlupa, rakan sepasukan dengannya ADUN Jerteh, Muhammad Pehimi Yusof sehari sebelum itu, dalam soalan yag dikemukakan kepada Sidang DUN telah meminta kerajaan menjelaskan, langkah-langkah yang perlu diambil bagi memperbaiki prestasi pasukan bola sepak negeri Teregganu.

“Ertinya dalam keadanYang Berhormat Kota Putra kata bagus, Yang berhormat Jerteh kemukakan soalan…………..bagaimana kita mahu meningkatkan prestasi pasukan bola sepak negeri Terengganu? Yang berhormat, Yang Dipertua saya berasa sudah sampai masanya pihak kerajaan menilai pandangan penyokong pasukan Peteh negeri Terengganu,

“yang meminta supaya membuka ruang dan peluang baru kepada pemimpin untuk mengetuai pasukan bola sepak negeri Terengganu. saya bukan memandang rendah kepada penyandang jawatan tersebut. Tetapi, saya kira ada baiknya untuk kita mendengar dan memberi penghormatan kepada suara penyokong peteh untuk melihat pasukan bola sepak yang dipimpin oleh muka baru,”ujar Ustaz Hishamuddin ketika membahaskan Titah Tuanku 19 Jun lalu. [Dengar Video]

Dalam pada itu, beliau menyifatkan ‘celahan’ ADUN Jabi Mohd Iskandar Jaafar yang bertanya beliau, pernahkah menonton perlawan bolasepak di stadium umpama ‘soalan nak jual aiskrim’.

Beliau membidas, tidak perlu beliau menunjukkan tiket masuk ke stadium kepada sidang DUN untuk menjawab soalan ADUN Jabi yang ‘kebudak-budakan’ itu.

Sehubungan itu, Ustaz Hishamuddin mempersoalkan tindakan kontraktor, melebarkan keluasan padan bola sepak sintetik di Kampung Tok Jiring, yang beliau dakwa tidak memenuhi spesifikasi padang bola yang ditetapkan oleh FIFA.

“saya bangga (DUN) Tepoh ada satu padang bola sintetik, saya ingin huraikan………padang bola sintetik ini, kenapa dilebarkan setelah disiapkan? Apakah dilaksanakan dahulu, kemudian baru (mahu) mengikut spesifikasi sebuah padang bola ‘standard minimum’ yang telah ditetapkan oleh FIFA,

“apabila dilebarkan, Alhamdulillah………siap (tapi) kita juga kecewa apabila pagar padang bola sintetik tersebut boleh jatuh (tumbang) dalam keadaan yang cukup mudah, walaupun dikatakan ribut…….tetapi, ia telah jatuh menimpa padang bola sintetik.

“soalan saya tidak sempat dikemukakan semalam, cuma kita tertanya-tanya………….kenapa perkara ini boleh berlaku?,”soal beliau.