Temui Peniaga Pasar Tani, Hebahkan Program PAS

706

Oleh : Adli Mohamad.

DUNGUN – Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, turun padang untuk menghebahkan program PAS kepada masyarakat sekitar.

Ketua Muslimat DUN Bukit Besi, Zakiah Alias berkata, ia bertujuan agar rakyat tidak terlepas pandang setiap program yang diadakan di DUN tersebut.

“Di antara program diperingkat MTD Bukit Besi yang kita bakal adakan ialah pasar rakyat, (yang mana) satu program akan diadakan menghampiri bulan ramadhan.

“Pada tiga Mei nanti penduduk kampung dibantu (untuk) membuat bagi menyambut Ramadhan nanti yang akan diadakan di Felda Jerangau,” ujarnya.

Beliau berkata demikian, ketika ditemui pihak media dalam program bertemu mesra dengan penduduk di Pasar Tani, Jerangau, pada Selasa, 23 April.

Menurutnya, satu gerai dibuka khas untuk muslimat yang mana sesiapa yang hadir akan dihadiahkan tudung.

Kata beliau, setiap program yang dijalankan di DUN dan manifesto PAS yang telah berjaya dibuat turut dihebahkan kepada orang ramai.

“Program turun ke lapangan menemui penduduk akan sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa dan secara berkala supaya kita (PAS) akan semakin dilihat di DUN Bukit Besi ini.

“Dan mendapat tempat di hati rakyat dengan kecaknaan serta keprihatinan kita, dalam usaha untuk memburu pengundi baru ataupun mencari ahli baru PAS di DUN Bukit Besi ini,” katanya.

Tambah Zakiah, satu program ‘Kembara Kerjaya’ pada 27 April bagi membuka peluang kepada anak muda yang tidak bekerja untuk ditemuduga bagi mendapatkan pekerjaan.