Tembakan Rambang Di Masjid; Sekurang-kurangnya Enam Terbunuh

446

CHRISTCHURCH: Beberapa orang maut manakala beberapa lagi cedera apabila seorang penembak melepaskan tembakan rambang di sebuah masjid yang penuh sesak menjelang solat jumaat di bandar Christchurch, New Zealand hari ini.

Media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya enam terbunuh dan bandar di Pulau Selatan itu ditutup kepada orang ramai.

Polis New Zealand berkata serangan berlaku di dua lokasi berbeza dan seorang lelaki ditahan susulan insiden tembakan rambang di Christchurch itu.

Sehubungan itu, seorang ditahan tetapi polis percaya masih ada lagi yang terlibat dalam serangan di dua buah masjid di sini dengan sembilan orang dilaporkan terbunuh.

Media New Zealand Stuff melaporkan, sembilan disahkan terbunuh susulan kejadian tembakan rambang di Masjid Al Noor dekat Deans Ave dan Masjid Linwood di Linwood Ave.

Jurucakap polis, Komisioner Mike Bush berkata, polis memberi maklum balas terhadap insiden tragik dan serius melibatkan serangan tembakan di sini.

Justeru itu, satu mesyuarat krisis melibatkan agensi keselamatan negara diadakan di Ibu pejabat Polis di sini susulan serangan bersenjata di masjid dekat Christchurch.

Para pegawai kanan keselamatan tiba di Ibu pejabat Polis kira-kira pukul 4 petang waktu tempatan sebelum Perdana Menteri, Jacinda Ardern memberikan kenyataan negara.