Tema Batik Untuk Keceriaan Majlis

629

Oleh : Rohayati Ripin (RR)

KUALA TERENGGANU – Muslimat PAS memilih tema batik untuk keceriaan dalam Majlis Jamuan Rumah Terbuka Aidilfitri bagi ‘memaklumkan’ kepada pengunjung yang datang dari dalam dan luar negeri tentang seni batik yang ada di Negeri Terengganu.

Kata Hajah Rahimah Muda sebagai ketua kecerian pada kali ini idea tersebut terhasil daripada perbincangan muslimat dan dibantu oleh muslimin.

“Kami teruja kerana Negeri Terengganu dipilih sebagai tuan rumah walaupun pada kali ini kami diberi tugasan bahagian keceriaan yang agak berat,

“sebab ini merupakan kali pertama program yang besar peringkat pusat dan selalunya hanya di peringkat negeri dan kawasan,” katanya.

Beliau yang juga merupakan Setiausaha Muslimat PAS Negeri Terengganu berkata demikian ketika ditemui pihak media di Majlis Jamuan Rumah Terbuka Aidilfitri Parti Islam Semalaysia (PAS) Pusat dan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) di Stadium Negeri Kuala Terengganu pada Ahad, 8 Julai.

Katanya, persiapan bermula pada hari Khamis dan seramai lapan orang muslimat dalam unit kecerian termasuk dua orang muslimin.

“Kita berpuas hati sebab ikut sama dengan kita pengarah sendiri iaitu YB Dr Alias Razak memantau mana-mana kita rasa sesuai,

“dan beri cadangan serta dorongan pada kita walaupun kakitangan kita tak ramai,” ujarnya.

Menurutnya, keikhlasan dalam melakukan sesuatu pekerjaan dan kerjasama dalam satu pasukan adalah sangat penting.

Dan katanya semoga apa yang dilakukan diberkati serta dipermudahkan oleh Allah SWT.