Tarik Lebih Ramai Anak Muda Sertai PAS

248

Oleh : Adli Mohamad
DUNGUN- Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun (DPPKD) mengorak langkah bagi menarik lebih ramai anak muda menyertai PAS melalui kaedah dakwah.

Ketuanya, Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli berkata ianya menjadi satu kemestian kepada setiap anggota parti mendekati masyarakat dengan disulami akhlak yang baik.

“Ini peranan pemuda, bukan sahaja tanggungjawab kepada mereka yang bergelar ustaz dan pendakwah tetapi tanggungjawab semua untuk sama-sama memartabatkan Islam di atas muka bumi untuk menyokong dan mendekatkan diri dengan Allah SWT.” tegasnya ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) DPPKD di Dewan Sivik Felda Jerangau, pada Sabtu 11 Julai.

Menurutnya lagi,golongan anak muda dan masyarakat yang masih lagi leka dengan dunia mereka perlu didekati dengan cara yang lebih holistik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 nanti.

“Kita tidak tahu bila PRU akan diadakan namun DPPKD telah mengatur perancangan gerak kerja pilihanraya dan telah mengarahkan jentera pemuda Dewan Undangan Negeri (DUN) dan cawangan-cawangan menubuhkan organisasi masing-masing sebagai persiapan menghadapi PRU.”

Justeru, dengan pelancaran jentera plilhanraya di peringkat kawasan Dungun itu, beliau berharap agar semua pemuda dapat bergerak lebih aktif lagi.

“Paling penting supaya pergerakan ini akan sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah kepada kita semua.” ujarnya.

MAT kali ke-43 DPPKD telah dirasmikan oleh Yang DiPertua (YDP) PAS Kawasan Dungun, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.