Tanggungjawab Untuk Memberi Pendidikan Politik Islam

651

Oleh : Rohayati Ripin

TEMERLOH – Muslimat Muda PAS (Ameerah) bertanggungjawab untuk memberi pendidikan politik Islam khususnya untuk semua rakyat Malaysia.

Pengarah program Maziah Khori berkata, ianya adalah satu wasilah dan jalan untuk menyampaikan isu semasa secara tepat dan telus melalu pentas Ameerah itu sendiri.

“Pentas Ameerah adalah satu platform yang mana Ameerah Malaysia sebagai satu tempat untuk menyampaikan maklumat serta pendidikan politik islam berteraskan Politik Matang dan Sejahtera.

“Ini adalah satu inisiatif atau gegaran yang sangat penting bagi kita sebagai rakyat untuk membina sebuah negara,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Karnival Anak Muda Pentas Ameerah Pantai Timur 2019 di TMG Mall, Temerloh, Sabtu, 12 Januari.

Katanya, Muslimat Muda PAS berbangga untuk membawakan Pentas Ameerah kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh itu menurut Maziah, Ameerah telah menjelajah seluruh Semenanjung bermula di zon utara, Kedah, turun di peringkat tengah di negeri Selangor dan di negeri Johor peringkat zon selatan serta pada tahun 2019 Pahang telah terpilih sebagai tuan rumah.

“Kita di peringkat Ameerah Malaysia menampilkan barisan ikon-ikon dan speaker-speaker yang terlatih yang mana mereka ini bukan calon-calon orang, tetapi ikon-ikon muslimat muda, wanita-wanita muda.

“Jadi Pentas Ameerah ini adalah platform bagi kita mengetengahkan ikon-ikon PAS, muslimat muda PAS wanita muda PAS yang sebenarnya bukan calang-calang. Background yang sangat hebat, ada doktor,” ujarnya.

Justeru itu kata beliau, muslimat muda mestilah diketengahkan ke hadapan yang mana suatu hari nanti mereka bakal menjadi kepimpinan negara kelak.