Tanda Kemenangan Semakin Jelas

466

Tanda-tanda kemenangan PAS sekaligus mengekalkan kerusi DUN Sungai Limau yag dikuasai sejak lima penggal lalu semakin jelas kelihatan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, UstaZ Hishamuddin Abd Karim, faktor utama kemenangan PAS bagi Pilihanraya Kecil DUN Sungai Limau adalah ketokohan calon yang diketengahkan, Ustaz Mohd Azam Abdul Samat.

Katanya, pengalaman beliau bersama Ustaz Mohd Azam sewaktu menuntut di Mesir lebih sedekad yang lalu, sudah menunjukkan ciri-ciri kepimpinannya yang disenangi ramai pihak.

“buat masa ini kita lihat perkembangan calon PAS Ustaz Mohd Azam Abdul Samat, saya lihat ada potensi yang untuk keraih kemenangan,

“pengalaman saya bersamanya di Mesir, beliau merupakan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan boleh diterima semua lapisan mahasiswa,”ujarnya. [LIHAT VIDEO]

Ustaz Hishamuddin yang juga Ketua Pemuda PAS Kuala Nerus berkata, walaupun ketika itu Ustaz Azam berasal dari negeri Kedah, namun beliau boleh bersama dengan seluruh penuntut disana.

Beliau yakin faktor kepimpinan yang ada pada calon PAS itu akan memebri kelebihan dan memenangkan PAS.

“Faktor ini saya kira satu kelebihan yang cukup besar kepada Ustaz Azam untuk meraih kemenangan disebabkan personaliti (beliau) daripada dulu sehingga hari ini berkekalan (tidak berubah),”jelasnya

Hishamuddin berkata demikian ketika ditemui bertugas bersama kontingen PAS Kuala Nerus bagi membantu kempen pilihanraya kecil DUN Sungai Limau.

IMG-20131030-WA0009Selain beliau, dua lagi ADUN dan Ahli Parlimen serta para pemimpin PAS Kuala Nerus, termasuk yang Dipertua PAS Kawasan M. Shukrimun Shamsuddin dan Timbalannya Dr Alias Razak.

Mengulas perkara yang sama, M.Shukrimun yang juga Bendahari Badan Perhubungan PAS Terengganu berkata, perpaduan dikalangan pemimpin, ahli dan penyokong PAS disemua peringkat negeri Kedah berada dalam keadaan yang cukup baik.

[Gambar kanan – Shukrimun, paling kanan bersama Presiden PAS melawat Madrasah Taufiqiah Al-Halimiah Padang Lumat atau Pondok Pak Ya, Padang Lumat, Sungai Limau]

Beliau melihat ia adalah penting kerana menurutnya, pra-syarat utama bagi sebuah kemenangan adalah kerana redha Allah dan keberkatan itu akan turun keatas ‘jamaah’ yang dilazimi oleh setiap ahli serta penyokong.

Shukrimun berkata, seramai 50 orang petugas pakar dari Kuala Nerus bagi gerakan ‘gelombang kedua’ telah melaksanakan kempen dengan jayanya, disokong kehadiran pemimpin PAS Pusat termasuk Presiden Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agong Dato’ Mustafa Ali.