Tanah Rizab ‘Mercu Tanda’ Kuala Berang Bertukar Milik

3448

HULU TERENGGANU – Dua buah bukit yang pernah menjadi ‘mercu tanda’ kerana terletak tengah-tengah Bandar Kuala Berang, telah ‘hilang’ dari muka bumi.

Yang Dipertua PAS Kawasan Hulu Terengganu, Haji Muhyiddin Abdul Rashid ketika mempersoalkan perkara tersebut berkata, ia bukan sahaja telah diratakan, bahkan sebahagian ‘tanah rizab’ Melayu itu telah bertukar tangan.

“Saya ingin membangkitkan satu isu yang berlaku di bandar Kuala Berang iaitu di pusat Bandar Kuala Berang……di mana asalnya ada dua buah bukit di tengah- tengahnya yang menjadi mercu tanda,

“satu dipanggil Bukit DO (District Officer) atau tempat kediaman Pegawai Daerah Hulu Terengganu, dan sebelah jalan ialah bukit yang dipanggil jepun satu tempat rekreasi yang tidak ada apa-apa bangunan di atasnya,” ujar beliau.

Namun begitu, katanya, selepas Umno dan Barisan Nasional (BN) mengambil alih pemerintahan dari PAS pada tahun 2004, pimpinan parti tersebut ‘menyelongkar khazanah’ tanah kerajaan untuk kepentingan mereka.

“Jadi diantara tanah-tanah yang telah diambil oleh pimpinan Umno-BN ialah satu kawasan tanah iaitu di Bukit Jepun itu,

“Permohonan telah dibuat kerajaan dan diluluskan kepada beberapa individu untuk mendapat hak milik,” kata beliau.

Katanya, setelah berjaya mendapat hak milik bukit itu, ia bukan sahaja ‘digondolkan’ dan tanahnya diangkut dan dijual sehinggalah bukit ini hilang daripada pandangan mata.

Menurutnya, beliau dimaklumkan, tanah lokasi tersebut telah diserahkan untuk membina bangunan bagi sebuah syarikat perniagaan.

“kita mendapat maklumat satu projek besar didirikan di atas tapak bukit itu dan kita telah buat carian di pejabat tanah,

“kita dapati tanah ini telah diberikan kepada satu syarikat iaitu syarikat Zon Ria Malaysia Sendirian Berhad (yang kini) telah mendirikan bangunan rumah kedai tiga tingkat sebanyak 17 lot,” jelasnya.

Ia sangat mengejutkan, kata beliau, kerana carian rasmi menurut Seksyen 5 Kamun Tanah Negara mendapati, tanah yang berharga itu telah dipindah milik oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Hulu Terengganu .

“tanah di dalam bandar Kuala Berang ini adalah tanah rizab melayu, hak milik melayu tetapi tanah ini telah ditukar hak milik kepada bukan rizab melayu.

“Dan syarikat ini telah memiliki tanah ini dan kita dapati tanah ini telah dipecahkan (dengan) Umno Hulu Terengganu mendapat 9 lot dan syarikat Zon Ria mendapat 8 lot,” jelasnya lagi

Justeru, Beliau yang juga Setiausaha PAS Negeri Terengganu mempersoalkan, siapakah pemilik Zon Ria yang kini menjadi pemilik sebahagian tanah itu?
“ini yang menjadi persoalan yang kita rasa sangat dukacita……setelah kita buat carian di (Pejabat) Suruhan Jaya Syarikat Malaysia (SSM) kita dapati Zon Ria ini dimiliki oleh tiga individu,

“Yang pertama Choi Ah Teuw, yang kedua Choi Loo See dan yang ketiga Oi Sho Boi……ketiga orang ini bukan rakyat Terengganu (dan) jauh sekali penduduk Hulu Terengganu atau Kuala Berang dan bukan orang Islam dan juga bukan orang melayu,” tegasnya.

Katanya, mereka berasal daripada Taman Seri Pinang, Buttrworth, Pulau Pinang, pemilik syarikat tersebut yang kini juga pemilik bangunan dan tanah diatas tapak ’Bukit Jepun’ itu.

Oleh itu, beliau sebagai penduduk tempatan, merasa sangat dukacita kerana kawasan yang sangat stategik di pusat bandar tiba-tiba telah tergadai ke tangan orang bukan Islam dan bukan Melayu.

“Kita bimbang ada unsur-unsur yang tidak baik telah berlaku sehingga tanah yang begitu strategik telah terlepas kepada orang tidak sepatutnya,

“Kita minta perkara ini dapat dikaji dan jika ada penyalah gunaan kuasa, satu tindakan yang sewajarnya perlu diambil oleh pihak kerajaan dan pihak berwajib,” ujar beliau.