Tanah Keperluan Rakyat Bukit Besi

532

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN – Tanah merupakan satu keperluan penting kepada penduduk di Bukit Besi, kerana kebanyakkan bergantung hidup dengan pertanian dan juga memerlukannya untuk didirikan kediaman.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, mereka mengimpikan tanah pemberiaan kerajaan samada melalui E-Mohon, E-Haram ataupun Rancangan Tanah Berkelompok (RTB).

“(Maka) hari ini (Selasa) kita telah namakan hari bertemu pelanggan sekaligus menyiasat pemohon-pemohon tanah berkenaan untuk diselesaikan,” ujarnya.

Beliau yang juga merupakan Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program Hari Bertemu Pelanggan, di sini, semalam.

Menurutnya, pihak penyelaras akan cuba menyelesaikan setiap aduan dan rungutan rakyat berkenaan tanah di kawasan itu.

“Antaranya yang menyebut (mengenai) bayaran premium yang (terlalu) mahal, (ada) menyebut mengenai tempoh premium.

“Serta menyebut tentang kelambatan proses dan beberapa lagi isu dari sudut teknikal, (juga) kesilapan kerajaan lalu,” jelasnya.

Kata Ghazali, beliau telah memilih hari Selasa pada setiap minggu untuk bertemu dengan masyarakat sedikit sebanyak dapat membantu menyelesaikan masalah rakyat.

“(Saya harap) rakyat bergembira dengan usaha yang kita buat dan tidak ada masalah dengan pertemuan kita buat (bersama) orang kampung ini,” ujarnya.